FASA di sekolah asrama penuh pastinya disulami pelbagai kenangan manis bersama rakan. Namun bagi segelintir alumni, masa bergelar seorang pelajar merupakan memori hitam yang hanya mahu dilupakan. Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki menceritakan satu kisah yang membuatkan ramai panas hati kerana dikatakan menormalisasikan budaya buli. Kehadiran kereta peronda polis boleh menggerunkan sesiapa sahaja. -Gambar hiasan Menurut individu berkenaan, ketika berada di tingkatan lima di sebuah sekolah berasrama, salah seorang rakannya pernah meminta seorang pelajar tingkatan empat untuk menyediakan mi segera untuknya. Rentetan daripada permintaan itu, sebuah kereta peronda polis dilihat tiba di perkarangan asrama secara mengejut yang membuatkan penghuninya terpinga-pinga. "Waktu kejadian tu aku tingkatan lima, ketika dah lewat malam, tiba-tiba ada kereta peronda polis datang ke sekolah. Ingatkan kecemasan apa, rupa-rupanya sebab ada aduan. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 124cm viral selepas kongsi foto konvo, dilabel graduan paling comel! Rupanya ada masalah tulang sejak sekolah menengah ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pelajar bongkar punca masalah sekolah tahfiz, tak setuju anak hingusan disuruh berdikari - “Ramai trauma, rasa tak selamat” "Seorang pelajar tingkatan lima ni minta budak tingkatan empat untuk buatkan mi segera. Kebetulan pula ayah budak form four tu pegawai polis, dia pun terus call ayah dia. "Untuk pengetahuan, kami ni sekolah asrama yang hanya ada tingkatan empat dan lima. Jadi tingkatan empat tu dikira junior di asrama kami. Sejak tu, kami dah malas nak layan batch tingkatan empat. "Saya tahu buli itu salah, saya tak menafikan langsung perkara itu, tapi untuk call ayah yang merupakan pegawai polis hanya disebabkan kes mi segera memang melampau," ujarnya. Saya sokong apa yang adik tingkatan empat tu buat, jangan senang-senang nak biarkan diri ini dieksploitasi. WARGA MAYA Menurut lelaki itu lagi, dia berpandangan apa yang berlaku adalah satu proses untuk mendewasakan pelajar berkenaan. "Ada banyak cara untuk selesaikan kejadian tu, tapi bukannya dengan terus call ayah. Hidup di asrama adalah masanya untuk kita belajar menjadi 'keras', daripada kanak-kanak menjadi dewasa. "Ini baru minta masak mi segera dah terus panggil polis, apa benda la. Akhirnya selepas kejadian, budak tingkatan empat tu 'dipulaukan' satu sekolah dan kemudiannya terpaksa ditukar tempat belajar. "Kami pelajar tingkatan lima hanya diberikan amaran dan berjaya menghabiskan zaman sekolah kami dengan tenang," kata lelaki tersebut menutup bicara. Sebahagian pandangan yang diutarakan warga maya. Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya menentang habis-habisan pendirian lelaki berkenaan yang dilihat sebagai satu penindasan. "Saya sokong apa yang adik tingkatan empat tu buat, jangan senang-senang nak biarkan diri ini dieksploitasi. Kau ada tangan, kaki dan mulut, buat la sendiri mi segera tu. "Terpaling la kau nak jadi penyangak, padahal beza umur pun setahun je, entah apa yang nak rasa senior sangat. Jangan tunduk dengan orang macam dia ni. "Bagus budak tu tahu hak dia, tepat tindakannya, entah apa masak mi segera pun suruh orang," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube