SUDAHLAH disindir bakal mentua, kekasih pula hanya diam membatu tidak berkata apa-apa. Begitulah nasib malang menimpa seorang gadis yang pernah tular kerana dibawa berjumpa dengan ibu kekasihnya buat pertama kali, pada awal pagi. Menerusi video terbaharu yang dimuat naik gadis yang sama, kedengaran dia sedang bersemuka dengan teman lelakinya pada waktu malam. Menerusi perbualan ketika berada di dalam kereta, si gadis meluahkan kekecewaan dengan sikap ibu kepada kekasihnya lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan nilai hantaran yang layak diterima. Perselisihan faham antara pasangan yang sedang bercinta. -Gambar hiasan Dalam rakaman secara tersembunyi itu kedengaran teman lelakinya enggan untuk memanjangkan lagi isu yang berlaku. "Sekarang ni you tak puas hati sangat kenapa? Kan dah selesai dah dalam telefon. Sampai nak jumpa ni, aduh. "Habis tu I? I boleh buat apa kan? Mak I tu," kata si lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 3 pagi masih dengan lelaki, bakal mentua terus ‘downgrade’ teman wanita anak - “Kalau hantaran ni... dua tiga ribu je” ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cuba uji BF, tapi beri soalan makan diri! Sendiri tanya, sendiri sentap sebab pakwe jawab jujur... akak McD selamatkan keadaan! Masih tidak berpuas hati, gadis tersebut terus mengulangi rungutannya bagi mendapatkan perhatian teman lelaki. "I memang tak puas hati pun semalam. I macam pelik tiba-tiba mama you nak 'tibai' I. Lepas tu dia yang suruh tunggu. You sikit pun tak back up I. "Memang mak you... (tapi) you kenalah back up I sikit. You tahu tak, tiba-tiba nak cerita pasal hantaran tu," katanya dengan nada tinggi. Keadaan yang tegang itu sekali gus membuatkan teman lelakinya panas hati ibarat menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Tangkap layar video yang tular. Lelaki itu berkali-kali mengulangi pendiriannya yang dia terpaksa berbuat demikian kerana wanita yang menegur kekasihnya itu adalah ibunya sendiri. "Sekarang ni kau nak tengking aku ni kenapa? Kau ni buat serabut otak aku je. Eh kau ni serabut otak aku je lah. "Kan mak aku tu. Habis tu kalau tak jadi pun nak buat macam mana. Kan mak aku. Dah la kau. Ish, aku lempang kau nanti. Dah, serabutlah. "Keluarlah, keluar, keluar. Aku banyak lagilah boleh cari. Kau ni menyusahkan otak akulah!" katanya menengking. Kan dah kena. Ada orang tak boleh usik mak dia. NETIZEN Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kekasih gadis itu sebagai 'anak emak', termasuk mempersoalkan sama ada konflik yang berlaku antara dia, kekasih dan bakal ibu mentua sekadar content semata-mata. "Content ke real ni? Eksperimen sosial guys. "Kan dah kena. Ada orang tak boleh usik mak dia. "Betul la tu, tak kan nak lawan mak sendiri sebab perempuan," komen netizen. Antara komen netizen. Terdahulu, tular video gadis berkenaan ditegur ibu kepada teman lelakinya kerana seolah-olah tidak menjaga kehormatan diri kerana masih berada di luar rumah bersama kekasih pada awal pagi. “Muka dah cantik, baju dah cantik. Baju kurung dah macam perempuan Melayu terakhir. Kenapa bawa balik pukul dua tiga pagi ni? “Kalau hantaran ni, dua tiga ribu je dik,” kata si ibu kekasih yang merujuk kepada adab dan perilaku gadis itu yang seolah-olah tidak tahu menjaga batas pergaulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube