SEORANG wanita bersyukur apabila individu yang mencuri seutas gelang emas bernilai RM8,500 akhirnya memulangkan semula perhiasan itu baru-baru ini. Bercerita kepada mStar, Norhazwani Che Wahid berkata, gelang emas milik adiknya itu hilang lima bulan lalu sewaktu mereka pulang dari sebuah kedai aksesori kereta di Terengganu. Adiknya hanya menyedari gelang tersebut tiada di dalam beg galas yang dibawa setelah mereka pulang ke rumah di Kuala Nerus. Wani (kanan) bersama adiknya. "Adik saya sedar gelang dia dah tak ada semasa beli makanan di warung berdekatan dengan rumah. Masa dia nak keluarkan duit dari handbag, dia perasan gelang tu dah hilang. "Saya cakap mungkin terjatuh tapi dia cakap tak mungkin sebab barang lain semua masih ada. Jadi kami cuba ingat semula semua tempat kami singgah. "Sebelum hilang tu kami ada singgah di pusat pameran untuk ambil kereta baharu dibeli adik saya. Kemudian kami berempat pergi kedai aksesori pula bersama ibu dan sepupu saya," jelasnya yang senang disapa Wani. ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri larikan rantai emas RM19,000, sanggup berenang seberang sungai penuh ular ARTIKEL BERKAITAN: Macam ahli nujum! Wanita ini mampu ‘tengok’ barang hilang, guna WhatsApp je boleh jumpa gelang emas Wani berkata, adiknya tertinggal beg tangan miliknya sewaktu pekerja premis tersebut menukar aksesori kereta baharunya. Menurut anak sulung daripada empat adik beradik ini, gelang seberat 34.33 gram bernilai RM8,500 sewaktu dibeli itu merupakan hadiah daripada ibu bapa kepada adiknya. Pelbagai usaha dilakukan Wani dan ahli keluarga namun gelang tersebut tidak dapat ditemui dan adiknya akhirnya pasrah. "Masa dekat kedai aksesori tu adik saya keluar dari kereta. Dia tertinggal beg tangan dalam kereta dan itu kali terakhir dia tengok gelang tu. Semasa ayah keluar rumah, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan hitam dalam raga motor yang disorok bawah topi. NORHAZWANI "Jadi kami syak orang terdekat yang ambil. Kami reda dengan kehilangannya selepas segala ikhtiar dilakukan. Kami ada juga minta tolong beberapa buah tahfiz dan ustaz untuk lakukan solat hajat. "Tapi baru-baru ini adik saya hampir lima kali bermimpi wajah orang sama yang mungkin ambil gelang tu. Memang kami terasa barang tu dekat sangat, membuatkan kami buat solat hajat selama 18 hari berturut-turut," jelasnya. Sehinggalah pada Rabu, keluarganya dikejutkan dengan satu bungkusan plastik hitam yang diletakkan di dalam raga motosikal bapanya. Alangkah terkejutnya apabila dalam bungkusan tersebut terdapat wang tunai RM8,500 dan mereka terus menganggap barang kemas yang dicuri sebelum ini telah dipulangkan dalam bentuk duit. Walaupun bersyukur apabila pencuri telah membayar ganti rugi tetapi mereka sekeluarga tetap berasa terkilan kerana pencuri itu dikatakan individu yang dikenali. Bungkusan plastik hitam berisi wang yang diberikan oleh pencuri. "Semasa ayah keluar rumah, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan hitam dalam raga motor yang disorok bawah topi. Ayah terus bawa bungkusan tu masuk dalam rumah. "Ayah buka bungkusan tu depan kami dan semua orang terkejut apabila wang RM8,500 ada dalam tu. Dalam bungkusan tu terdapat satu nota bertulis 'Saya minta maaf atas kes'. "Saya syak dia ganti semula sebab dia berada dalam ketakutan sekarang selepas banyak posting dekat media sosial kami buat sebelum ni. Apa yang boleh saya katakan, berhati-hatilah dengan mereka yang pura-pura baik depan kita," ujarnya menitipkan pesanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube