suria

Gerun berkhatan, budak lelaki baca Qunut Nazilah sekuat hati macam nak berperang! Dah tak hirau doktor, orang sekeliling

Video Adam berkhatan menjadi tular di media sosial.

GELAGAT seorang kanak-kanak membaca doa Qunut Nazilah semasa berkhatan mencuri tumpuan ramai.

Ibunya, Siti Aishah Mohamad Shah, 40, yang menemaninya untuk melakukan prosedur itu berkata, anaknya Muhammad Adam Arif Azhar memang lancar membaca doa tersebut yang dipelajari di sekolah.

Siti Aishah yang senang disapa Ecah berkata, Adam sebenarnya sudah gelisah sehari sebelum dia dibawa berkhatan di Klinik Iklimedik Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.

Ecah dan Adam selepas selesai prosedur berkhatan.

"Pada malam sebelum sunat tu anak saya tak boleh tidur. Susah hati punya pasal nak kena berkhatan.

"Jadi saya beritahu dia kalau rasa sakit masa sunat, kena baca Qunut Nazilah untuk kurangkan kesakitan jadi dia pun okay semula.

"Adam memang dah hafal doa tu memandangkan dia baca setiap hari dekat sekolah. Selain tu dia rajin tengok dekat YouTube, dah macam berkaraoke," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Seperti mana dapat dilihat pada video tular, kelihatan kanak-kanak itu membaca Qunut Nazilah ketika sedang berbaring di katil klinik dengan suara amat lantang.

Tanpa menghiraukan doktor, jururawat dan orang sekelilingnya dia bersemangat membacakan doa itu sekuat hati seolah-olah mahu pergi berperang.

ARTIKEL BERKAITAN: Berapa umur terbaik khatan anak lelaki? Ini teknik, 5 aspek penjagaan selepas bersunat ibu bapa perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar ajelah satu ofis dengan ‘geng sunat laser’! Kerja malas, banyak alasan tapi tak malu minta advance dekat bos

Menurut Ecah yang menetap di Sungai Petani, video tersebut dirakamkan oleh suaminya dan jururawat apabila mereka sendiri geli hati melihat reaksi Adam yang cuba melawan perasaan takutnya.

"Sewaktu doktor dan jururawat nak sunatkan dia, mereka semua ketawakan siap sama-sama baca doa qunut.

"Tapi anak tunggal saya ni sampai menyanyi lagu untuk Palestin tu sebab sebelum ni dia ada cakap kasihan 'kawan-kawan' dekat sana sebab negara mereka sedang bergolak.

Sebenarnya anak saya belajar di sekolah dan sebelum tidur pun dia amalkan baca surah '3 Qul', al-Fatihah dan doa tidur.

SITI AISHAH

IBU ADAM

"Saya lega dia happy saja lepas sunat tu tapi dia ada demam sekejap bila dah balik rumah," kata Ecah.

Rakaman tersebut dikongsikan di akaun TikTok doktor itu sendiri sehingga ia menjadi tular.

Rata-ratanya terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu, juga memuji Adam yang lancar membaca Qunut Nazilah.

Ahli keluarga Ecah.

"Saya gembira bila video tu mendapat pujian dan jumlah tontonan yang banyak. Komen pun baik-baik saja yang saya terima.

"Ada juga yang minta tip macam mana boleh biasakan anak menghafal doa dan surah-surah. Sebenarnya Adam saya belajar di sekolah dan sebelum tidur pun dia amalkan baca surah '3 Qul', al-Fatihah dan doa tidur.

"Waktu pagi dia belajar di Kafa dan Adam ada juga belajar ilmu agama daripada arwah datuknya sebelum ni yang merupakan imam masjid. Sampaikan anak saya pun bercita-cita nak jadi imam masjid macam ayah saya," ujar si ibu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain