suria

Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’

Tugas seorang ibu sebenarnya terdedah dengan risiko 'burn out'. -Gambar hiasan

MUSIM cuti persekolahan baru sahaja bermula.

Ini bermakna keadaan rumah yang sebelum ini tenang bertukar menjadi riuh rendah dengan jeritan dan pekikan anak-anak.

Bayangkan jika ibu bapa mempunyai ramai anak yang masih kecil, boleh pening kepala jadinya mahu melayan kerenah mereka.

MAK 1

Seorang ibu memerlukan masa untuk rehat atau 'me time' selepas penat bekerja dan menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

Baru-baru ini kecoh di aplikasi X yang mana warga maya berdebat mengenai trend segelintir ibu khususnya yang bekerja sanggup menghantar anak-anak ke taska atau pusat jagaan ketika mereka menghabiskan cuti tahunan.

Ia bermula dengan ciapan seorang pelayar yang mempertikaikan segelintir ibu yang bertindak sedemikan kerana ingin berehat atau menenangkan diri buat seketika.

"Perkara ni real. Sedih aku tengok ada mak yang hantar anak pergi taska walaupun haritu dia cuti, sebabnya malas nak layan dan nak guna waktu cuti ni untuk relax. Kesian gila," demikian ciapan pelayar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat terlalu penat, ibu akui ego hinggakan berlaku kejam pada anak-anak... akhirnya tersedar ketika lihat sesuatu - “Ada kesan air mata di muka mereka, menyesal tak sudah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah hilang selera, makan sekadar menelan... Ibu anak 4 luah isi hati, tak sangka ramai lagi wanita senasib

Ciapan tersebut sehingga kini meraih melebihi 3,200 ulang kicau selain ruangan komen turut meriah dengan reaksi netizen.

Bagaimanapun, majoriti netizen mengecam pelayar berkenaan malah menyifatkan pendapatnya yang seperti menyalahkan golongan ibu sebagai tidak wajar.

Ibu relaks untuk charge emosi positif dan tenaga supaya boleh jaga anak-anak dalam keadaan terbaik.

NETIZEN

Menurut mereka, seorang ibu layak untuk menikmati hari cuti atau 'me time' selepas saban waktu bergelut dengan tugasan pejabat dan menguruskan rumah tangga.

"Mak-mak yang bekerja ni pun perlukan rehat juga. Hari biasa kerja, balik uruskan rumah pula dan anak-anak. Nak rehat sikit pun kena judge.

"Sebab ada masa ibu bapa nak rehat. Hari lain kerja, rumah bersepah anak sepahkan. Kadangkala hari rehat tu bukan untuk berjoli atau relax semata. Kena settle urusan la, kemas rumah all out la. Awak tak tahu apa-apa," demikian komen netizen.

komen taska

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Dalam pada itu, netizen berpendapat golongan ibu bukan sahaja layak untuk bercuti seketika demi menghilangkan kepenatan fizikal, malah yang lebih penting adalah kesihatan mental.

"Kalau anak sakit, ibu boleh jaga anak. Kalau ibu sakit, siapa nak jaga anak? Itu gunanya ibu relax, charge emosi positif dan tenaga supaya boleh jaga anak-anak dalam keadaan terbaik. Tak perlu sibuk masuk campur judge hidup orang.

"Kenapa nak sedih? Ibu bapa pun perlukan masa untuk diri sendiri. Tak pernah dengar pasal burnout ke? Ewah beriya ye kamu sedih bagai. Dah ada anak belum ni?," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain