suria

Tragedi langgar lari di kawasan parkir, pelaku gagal dikesan... Hati makin ‘remuk’ dapat RM100 je! - “Mungkin dia tengah susah”

Keadaan kereta seorang individu yang dilangar ketika sedang parkir.

NOTIS pemberitahuan 'parkir kenderaan atas risiko sendiri' sering kita lihat terpampang di lot parkir awam.

Ia membawa maksud pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kenderaan anda ditinggalkan di situ.

Frasa sesuatu yang tidak diingini itu sungguh luas rangkumannya termasuklah jika berlaku kejadian kecurian ketika kereta sedang diparkir, sebarang kerosakan pada badan kenderaan dan juga kemalangan.

Situasi akan menjadi rumit apabila melibatkan kemalangan jalan raya. -Gambar hiasan

Begitulah kisahnya melalui satu perkongsian di laman X apabila seorang individu tidak menyangka keretanya menjadi mangsa 'langgar lari' ketika sedang diparkir di tempat terbuka.

Menerusi video pendek yang dimuat naik, individu tersebut menunjukkan tahap kerosakan pada bahagian kanan pintu belakang keretanya yang kemik akibat dilanggar.

Pelaku sepertinya sudah lesap daripada tempat kejadian dan enggan menunggu untuk bersemuka secara terus dengan pemilik kereta terbabit bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil susulan kecuaiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Axia terangkat naik divider jalan, ramai jadi saksi insiden langgar lari! Pemandu Iriz dah tak boleh sembunyi

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun pergi kerja naik motor ke KL, terguna lorong sama ketika pandu kereta! Kawan diam, syak cara ‘lari’ bayar tol

Walaupun begitu, menariknya pelaku itu meninggalkan wang tunai berjumlah RM100 yang terdiri daripada dua keping not RM50 serta sehelai kertas yang tertulis permohonan maaf.

"Maaf kak terlanggar kereta," tulis si pelaku menandakan masih tersisa rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk tidak sepenuhnya lepas tangan.

Namun, warga maya yang cekap membuat kira-kira berkata bayaran ganti rugi tersebut adalah jauh daripada memadai untuk menampung kos baik pulih kereta itu.

Sekurang-kuranya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga.

WARGA MAYA

"Apa macam tu je kau minta maaf? Sekurang-kurangnya letaklah nombor telefon supaya pemilik kereta boleh call untuk berbincang dengan lebih lanjut. RM100 tu boleh buat apa je sangat.

"Adakah dia bersangka RM100 yang dia bagi tu dalam mata wang Amerika Syarikat. Kalau ya pun, masih jauh daripada cukup.

"Pemurahnya hati dia, terima kasih kerana sanggup memberi, banyak tu RM100, boleh siap 'payung' baiki kereta jiran yang bercalar-balar dan tukar empat tayar sekali gus.

"Jangan la banyak songeh, kereta yang rosak tu sapu minyak gamat nanti okay la," kata warga maya sinis.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Tidak kurang juga warga maya yang cuba bersangka baik dengan berkata kemungkinan si pelaku sedang mengalami kesempitan wang.

"Dah tak ada duit sangat kot sebab tu tinggalkan RM100 je tanpa nombor telefon. Sekurang-kurangnya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga.

"Kau gila ke apa, kalau bagi nombor telefon boleh bincang dengan dia punya insurans. Benda dah langgar, kena cari la juga duit tu sampai dapat.

"RM100 tu ibarat bertanggungjawab secara ala kadar," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain