suria

Misteri tangga tangga tepi lebuh raya terungkai, rupanya tempat ‘healing’ tersembunyi... Tapi orang lemah semangat kena hati-hati

Tempat berehat di tepi lebuh raya yang tidak diketahui ramai.

KEHIJAUAN hutan belantara adalah antara pemandangan lazim yang disajikan kepada pengguna lebuh raya utama di Malaysia.

Bagi pengguna yang cakna, mereka pasti pernah melihat papan tanda dengan ilustrasi bukit di dalamnya, menandakan perhentian untuk melihat panorama di kawasan sekitar.

Tahukah anda, lokasi tinjau ini kebiasaannya mempunyai kemudahan trek pejalan kaki untuk pengguna beriadah dan berehat sebentar sambil menikmati keindahan alam.

Saujana mata memandang di tempat tinjau berhampiran sebatang lebuh raya.

Namun, rata-rata pemandu hanya ingin segera tiba ke destinasi dan tidak berkesempatan untuk singgah meluangkan masa di perhentian terbabit.

Prasarana yang disediakan akhirnya hanya menjadi 'hiasan' tatkala berduyun-duyun pengguna lebuh raya datang dan pergi di hadapannya.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pemuda memutuskan untuk cuba melawat salah satu perhentian di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dekat Pedas-Linggi arah utara dan ia membuatkan warga maya terlopong.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda teruja jumpa sungai di R&R, sayangnya tak ramai orang... rupanya ada cerita, penduduk tempatan lebih tahu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tidur di R&R nampak gajah lalu tengah malam! Trip pusing Semenanjung naik motorhome memang luar biasa

Perhentian tersebut dilihat mempunyai tangga ke puncak bukit dan di atasnya terletak sebuah pondok untuk pengguna lebuh raya beristirahat.

Setibanya di atas, tersergam landskap lebuh raya di bawah dan pepohon yang serba meninggi di sekelilingnya.

Boleh la kita singgah berkelah lepas ni, bercuti di highway.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berasa teruja melihat perhentian yang sering kali disisihkan itu kerana rupa-rupanya ia mempunyai nilai tarikannya yang tersendiri.

"Selalu nampak signboard macam tu dekat highway, ingat ke tempat untuk orang terjun bukit, tak sangka rupanya ada tempat healing yang best macam ni.

"Tak terdetik kita boleh melepak dekat tepi highway, kalau mengantuk tak perlu tunggu kawasan rehat dan rawat (R&R), naik turun tangga sini pun boleh terus segar.

Sebahagian komen warga maya.

"Fuh tak pernah perasan ada tempat tersorok macam ni, biasanya aku ralit tekan minyak je nak cepat sampai kampung. Boleh la kita singgah berkelah lepas ni, bercuti di highway.

"Ini dekat kawasan Pedas Linggi, Negeri Sembilan menghala arah utara," terang warga maya.

Tidak kurang juga pelayar yang meminta orang ramai berwaspada kerana dikatakan lokasi tinjau sebegitu mempunyai banyak unsur mistik.

"Hati-hati kepada mereka yang lemah semangat, tempat ni tak ramai yang selalu masuk, mungkin ada penunggunya.

"Perhentian untuk tengok view macam ni memang 'keras' terutamanya yang dekat Terowong Menora di Ipoh, Perak," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain