UNGKAPAN seolah-olah menghina yang dilemparkan kepada seorang lelaki ini cukup memberi kesan mendalam terhadapnya. Manakan tidak, niat mencari rezeki halal dengan menggunakan kostum animasi bagi menghiburkan kanak-kanak diperlekehkan beberapa individu. Insiden mengguris hati itu berlaku ketika dia sedang asyik menghiburkan orang ramai di sekitar Kota Tinggi, Johor. Oby cuba menghiburkan orang sekitar Kota Tinggi. "Hari ini (Selasa) kembali pakai kostum animasi katak berjalan-jalan dekat bandar Kota Tinggi. "Ada la hamba Allah seorang ni cakap dengan kawan dia. Dia kata macam orang bodoh je pakai begini jalan-jalan dekat bandar panas-panas. "Saya dengar je apa dia cakap. Apabila berhenti tengok dia, terus dia pergi," imbasnya menceritakan semula apa berlaku. ARTIKEL BERKAITAN: Staf McDonald's sedih pekerjaan dihina, dituduh subahat bunuh sesama Islam... - “Apakah salah mata pencarian aku?” ARTIKEL BERKAITAN: Result ‘gempak’, kerja bagus! Bekas pelajar UiTM berjaya dan bergaya selepas dihina sahabat - “Dia malu saya pakai macam pendatang asing” Sudah pasti perbualan tersebut mengguris hatinya kerana pekerjaan sebegitu dipandang hina segelintir pihak. Namun menurut lelaki itu, pekerjaan tersebut dilakukannya bagi menambah pendapatan untuk perbelanjaan diri dan keluarga. "Ya saya tahu kerja saya ni hina di mata orang yang berharta macam awak... sebab tu boleh je awak cakap macam tu. Selagi boleh cari rezeki halal dan tak susahkan orang lain teruskan je. NETIZEN "Saya sedang usaha (tambah pendapatan) untuk isteri yang tengah mengandung sekarang ni. Saya cuma nak hiburkan budak-budak dan diri sendiri," jelasnya dalam hantaran tular tersebut. Hantaran dibuat pengguna Facebook menggunakan akaun Oby Shaari itu ternyata mengundang sebak orang ramai. Jika diteliti di ruangan komen, kebanyakannya begitu bersimpati dengan memberikan kata-kata semangat buat Oby yang juga bapa kepada dua orang cahaya mata itu. Malah, mereka meminta supaya dia tidak mempedulikan kata-kata individu berkenaan selagi rezeki dicari secara halal. Komen netizen pada hantaran asal. "Jangan pedulikan apa orang cakap. Selagi boleh cari rezeki halal dan tak susahkan orang lain teruskan je. "Abaikan saja orang macam tu tak ada faedah pun. Janji rezeki kita dapat halal. "Jangan give up 'abang katak'. Setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube