suria

Pengantin menangis tengok muka macam Opera Cina! Geram MUA tolak ‘job’ dekat kawan tanpa persetujuan

Zue kecewa dengan hasil solekan MUA sewaktu majlis persandingannya pada Mac lalu.

HARI bahagia seorang pengantin wanita bertukar suram apabila solekan yang dikenakan hasil sentuhan jurusolek berbayar tidak seperti apa yang diinginkan.

Lebih mengecewakan Zulaika Zulkifli apabila hasil tata rias yang dikenakan membuatkan wajahnya kelihatan lebih tua daripada usia.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Zue menjelaskan mengenai punca berlakunya masalah demikian pada majlis persandingannya 4 Mac lalu.

"Sepatutnya mak andam datang sebelum pukul 9 pagi. Tapi bila dah pukul 9.10 pagi dia masih tak datang tanpa sebarang berita.

"Apabila saya tanya baru dia cakap tengah dalam kecemasan sebab ada orang terdekat masuk hospital. Kalau betul, sepatutnya dia kena terus maklumkan kepada pengantin, itukan amanah dia.

mekap

Mekap Zue secara dekat yang keihatan sudah mula merekah.

"Saya pun faham keadaan dia masa tu... sejam juga tunggu dia tak muncul-muncul. Sampailah dia mesej beritahu tak boleh datang. Dia gantikan kawan dia buat freelance untuk mekapkan saya," ujar Zue.

Menurut cerita anak kelahiran Klang, Selangor ini, dia membuat permintaan kepada jurusolek tersebut untuk mengenakan solekan sebagaimana diminta sebelum ini.

Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan Zue lebih-lebih lagi apabila solekan dibuat dalam masa 30 minit sebelum majlis persandingan yang diadakan di Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Selangor.

"Pukul 11.30 pagi baru mak andam ganti tu sampai. Orang dalam rumah asyik tanya dah siap ke sebab sanding pukul 12 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan pandai jimat, mekap sendiri je... Calit-calit siap, tapi bergelut nak pasang bulu mata palsu!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin hanyir, jurusolek hidu bau pelik masa mekap... Busuk macam kena sihir, tak tahu datang dari mana

"Lilitan tudung pun saya buat sendiri saja walaupun sebenarnya hijab styling ni dah termasuk pakej yang saya ambil.

"Masa tengok cermin rasa nak menangis. Hancur hati masa tu tapi nak tak nak kena jalan juga sebab sudah lambat," jelas Zue.

Sebagaimana digambarkan anak ketiga daripada lima adik beradik ini, semua mata tetamu yang hadir memandangnya dengan pandangan pelik sewaktu dia keluar daripada bilik.

Selepas bertekak akhirnya dia pulangkan RM100 saja daripada RM300 upah diambil.

ZULAIKA ZULKIFLI

Malah, Zue mengalirkan air mata gara-gara tidak lagi dapat menahan sebak menanggung malu dek kerana solekan tersebut.

"Rombongan, orang kompang dan tetamu semua sudah tunggu saya masa tu. Sewaktu keluar bilik semua tengok saya pelik je, lagilah hancur berkecai hati ni. Muka saya dah macam Opera Cina.

"Saya terus menangis tengok tetamu pandang macam tu. Habis saja sesi tepung tawar, saya masuk bilik dan minta sepupu betulkan solekan dan tudung saya barulah okey sikit.

"Jadi jangan tanyalah kenapa saya tak post gambar sanding di media sosial masa tu sebab memang tak ada mood terus," jelas Zue.

Susulan selepas majlisnya selesai, Zue menghubungi jurusolek asal untuk meminta ganti rugi bayaran kerana tidak menyediakan servis sepatutnya.

Zue dan suami.

Namun jurusolek tersebut pada awalnya enggan bertanggung jawab dengan alasan yang tidak boleh diterima Zue.

"Mula-mula dia tak nak pulangan wang sebab dia salahkan saya mekap tu crack (merekah). Saya tak kisah sangat bab tu tapi perlu ke buat muka (mekap) saya jadi macam tu?

"Dia cakap bukan dia yang buat, kawan dia. Tapi hakikatnya saya ambil tempahan untuk dia mekapkan bukan kawan dia. Seolah-olah nak menyalahkan saya pula.

"Tapi selepas bertekak akhirnya dia pulangkan RM100 saja daripada RM300 upah diambil. Agak kesal dengan apa jadi cuma jadikanlah kisah ini sebagai pengajaran. Saya pun sudah ada seorang anak sekarang," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain