MAHU buat kejutan untuk rakan sekerja, tapi diri sendiri pula yang terkejut. Demikianlah dengan kisah dikongsikan seorang individu yang meluahkan rasa kecewa apabila kejutan hari jadi untuk rakan sekerjanya tidak menjadi. Ia gara-gara ucapan yang ditulis di atas kek tidak seperti yang diharapkan. Menurut individu berkenaan, dia dan rakan-rakan sekerjanya berpakat membeli sebiji kek sempena hari ulang tahun kelahiran senior mereka pada tanggal 16 Disember lalu. "Pada pukul 6.34 petang saya bergegas keluar dari kedai tempat saya kerja untuk pergi beli kek dekat sebuah kedai minyak di pekan Pendang. "Sampai tempat parking saya cepat-cepat lari masuk dalam kedai untuk order kek. Siap pilih perisa dan kek, ada seorang cashier bagi kertas resit putih kosong untuk tulis apa yang saya nak ditulis dekat kek. "Jadi saya tulis la 'Happy Birthday Yuri Sumandak Sabah 16/12/23'. Lepas tu cashier tu pass kertas dekat seorang perempuan pekerja dekat kedai tu," kongsinya. Proses menghasilkan dan dekorasi kek memerlukan kemahiran yang tinggi. -Gambar hiasan The Star/Yap Chee Hong Menurut individu berkenaan, sementara menunggu kek pesanannya siap dihias dengan tulisan, telinganya sempat menangkap perbualan dua pekerja stesen minyak tersebut. "Dia baca sambil cakap dengan pekerja lain yang sedikit berumur. Lepas tu saya terdengar si pekerja yang tengah pegang piping bag dengan isian cream kuning tu cakap 'tulis macam mana ni wei aku tak reti'. "Kawan cashier dia balas 'tulis-tulis je la... hang jangan conteng sudah... kesian kat orang'. "Saya tengah pasang telinga. Saya jenguk kepala tengok dia tengah tulis dengan pegang piping bag belah tangan kiri (kidal kot). Saya pun ingat nak cantik la kan," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Penangan sentuhan berseni... dari Perak pelanggan sanggup ke Shah Alam cari gadis Secret Recipe - “Niat saya nak pelanggan gembira” ARTIKEL BERKAITAN: Ralit baca karangan, ramai terpesona tengok tulisan atas kek... Tak perlu cari kad ucapan, ‘baker’ ini boleh selesaikan! Tambahnya, dia langsung tidak ditunjukkan 'hasil' dekorasi tulisan yang dibuat sebaliknya diberikan kek yang sudah dimasukkan ke dalam kotak. "Saya ambil, terus balik ke tempat kerja untuk surprise my senior co-worker. Masa saya buka kek tu lagi surprise yang tak terhingga dengan tulisan dia buat. "Tulisan cream tu picit banyak kali sampai jadi macam font tulisan hantu. Tak profesional dan sangat-sangat mengecewakan. Yang jual kek pun, kalau staf tak pandai tulis, tak payahlah nak buat khidmat tulis bagai. NETIZEN "Kot la tak reti pun bagitahu la kata 'sis tulisan panjang... kalau saya tulis Yuri saja boleh ke?'. Saya tak akan marah pun kalau dia tanya dulu macam tu. "Saya tak ada pilihan lain, itu yang pergi beli kek dekat stesen minyak sebab yang tu paling dekat dengan tempat kerja dan nak surprise kawan sebelum balik kerja pukul 7 petang," luahnya panjang lebar. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 1,500 shares di Facebook selain dibanjiri dengan ribuan komen warga maya yang turut bersimpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan. Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan. "Saya baran tau. Benda macam ni syok bawa gaduh daripada bincang elok-elok lagi. "Yang jual kek pun, kalau staf tak pandai tulis, tak payahlah nak buat khidmat tulis bagai. Bukan semua orang pandai tulis atas kek. "Buruk takpe lagi, jangan sampai jadi seram macam ni. "Tak lawanya. Tergamak dia teruskan juga. Macam kek Halloween," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube