suria

Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

Kisah di sebalik rumah yang ingin dijual ini dikongsikan oleh seorang ejen hartanah. -Gambar TikTok Meluryasmine1

SAMA seperti pasangan suami isteri, hubungan antara adik-beradik juga kadangkala ada pasang surutnya.

Lumrah dalam setiap keluarga, pasti ada kisah pahit masing-masing namun yang membezakannya adalah sama ada ia kembali jernih ataupun berterusan 'keruh'.

Seperti kisah yang berlaku dalam sebuah keluarga ini, berantakan dek kerana sikap toksik ipar duai sewajarnya dijadikan teladan kita bersama supaya menjauhi perangai hasad dengki.

Kisah mereka diceritakan kembali oleh seorang ejen hartanah di akaun TikToknya, @meluryasmine1.

Menurut ejen tersebut, dia diminta seorang pemilik rumah untuk membantunya menjual aset tersebut.

"Aku pun tanya dekat owner, kenapa nak jual? Nampak macam lama tinggal rumah ni. Owner cakap ada masalah keluarga.

"Aku tertanya, apa sebenarnya jadi dengan keluarga dia? Rupanya.... Owner beritahu, dulu dia beli rumah dekat sini sebab nak duduk dekat dengan adik-beradik.

rumah 3

Bahagian dapur dan salah satu bilik di kediaman berkenaan.

"Sebab abang dia duduk kawasan sini jugak. Mula-mula okay, happy anak-anak dia main dengan sepupu mereka. Dulu ruang tamu ni la budak-budak main. Main kejar-kejar. Masak-masak.

"Owner cakap, wife dia suri rumah. Owner selalu keluar outstation dalam dan luar negara. Jadi apabila duduk dekat dengan famili, dia tak risau sangat tinggal wife dan anak-anak," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat berkorban sejak bujang sampai kahwin, anak angkat dedah sikap pilih kasih keluarga... dimaki, dipukul tapi kaki dadah tetap dipuja!

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi senario tak patut berlaku selepas kematian, kubur masih merah dah berebut harta - “Mereka pilih taat isu faraid, tidak bahagian lain”

Namun tanpa disangka, isteri kepada abang kandungnya sendiri rupa-rupanya iri hati dalam diam dan menjadikan isterinya sebagai sasaran.

"Ada je tak puas hati dengan wife dia. Sampai owner dengan si isteri perasan yang abang dan kakak ipar ni dah perangai lain.

"Isteri owner tak nak keruhkan keadaan, sampai buang semua follower dalam media sosial sebab si kakak ipar tu asyik cari pasal je. Letak gambar anak-anak main playground pun jadi isu.

rumah 2

Ruang tamu rumah tersebut yang pernah menjadi ruang anak-anak pasangan berkenaan bermain.

"Apabila jumpa dekat rumah mentua, kakak ipar dia selalu cakap sinis 'untunglah kau, duduk rumah goyang kaki je, asyik habiskan duit laki kau je'.

"Mula-mula owner tak tahu pun kisah ni. Sampailah apabila cuti panjang daripada outstation, dia sendiri nampak perubahan abang dan kakak ipar dia pasal isteri dia," kongsinya lagi.

Tambah ejen tersebut, pemilik rumah berkenaan juga menyedari situasi berkenaan membuatkan isterinya berubah daripada seorang yang ceria menjadi sedikit pendiam.

"Isteri owner pun selalu ajak pindah. Apabila dah tahu kisah macam ni, hati dia pun tak senang sebab selalu nak outstation. Jadi mereka decide nak pindah dari sini.

"Sekarang owner ni dah bekerja tetap di Switzerland. Jadi owner bawa terus anak-anak dan isteri pindah sana. Walaupun sayang dekat rumah ni. Tapi mental dan hati isteri kena jaga.

"Walaupun kakak ipar masih lagi sinis dengan mereka suami isteri. Tapi sekurang-kurangnya jauh daripada pandangan. Owner ada cakap, dia sedih juga. Sebab benda remeh, tapi hubungan adik-beradik terus renggang," kongsinya lagi.

Perangai toksik kawan-kawan kita boleh lagi elak, perangai toksik adik-beradik seumur hidup kena hadap. Allahuakbar.

NETIZEN

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 223,000 jumlah tontonan di TikTok.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang bersimpati dengan nasib pasangan berkenaan malah ada yang turut berkongsi kisah keluarga masing-masing, dikatakan hampir serupa.

komwn rumah

Ada antara netizen turut berkongsi kisah yang hampir serupa.

"Dah 13 tahun saya kena hadap perangai toksik kakak ipar sampaikan anak kami nak kahwin pun dibatu api, suruh boikot hanya kerana buat dekat tempat agak mewah.

"Lalui situasi serupa. Kami berpindah walaupun rumah sudah dibina. Akhirnya kami pergi jua. Bukan rezeki kami. Demi mental saya sebagai isteri.

"Perangai toksik kawan-kawan kita boleh lagi elak, perangai toksik adik-beradik seumur hidup kena hadap. Allahuakbar," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain