suria

Abang-abang tak habis sekolah, adik bongsu 12 beradik pikul amanah tebus nasib keluarga... Berjurai air mata depan kawan-kawan

Haris menceritakan kisah hidupnya ketika program ceramah motivasi di sekolah.

KISAH hidup seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integ), Kuala Lumpur ini menyentuh hati banyak pihak.

Dikenali sebagai Haris, anak bongsu daripada 12 orang adik-beradik ini berkata dia merupakan satu-satunya harapan untuk mengubah nasib keluarga.

Menurut Haris lagi, dek kerana dilahirkan dalam keluarga besar dan susah, dia kini dibesarkan keluarga angkat.

Namun difahamkan hubungannya dengan ahli keluarga kandung masih baik dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

Tangkap layar video sewaktu Haris berkongsi kisah sedih kehidupannya.

"Famili kandung saya berharap supaya saya boleh berjaya. Abang-abang saya tak habis sekolah, mereka semua harapkan saya boleh.

"Selalu cakap dekat saya dik, kau habiskan belajar, buktikan dekat mak abah dan ibu ayah, kau boleh,” ujarnya di hadapan rakan-rakan di sekolah.

Video perkongsian Haris tentang diri dan keluarganya itu dikongsikan penceramah motivasi, Zack Zawani menerusi TikTok yang hingga kini meraih lebih 1.7 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai tergolek atas sejadah, si bongsu buat perangai halang ibu balik kampung - “Setiap pagi mak buat sarapan”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak bongsu buat ‘u-turn’ masa sekolah menengah, padam minat jadi pilot... Akhirnya empat beradik ikut jejak bapa jadi engineer

Mengakui dia bukanlah anak yang baik kerana sering melawan cakap ibu bapa, namun Haris mempunyai iltizam untuk membanggakan keluarganya satu hari nanti.

Mengimbas kembali kenangan sewaktu kecil, ujar Haris, ibu kandungnya sering membawanya bersiar-siar sebelum wanita tersebut menghidap penyakit kanser tahap empat.

"Sekarang ibu sudah tidak lagi oleh berjalan kerana kanser," katanya sambil mengesat air mata.

Dengan aku aku sekali menangis... semoga kau terus berjaya dik.

NETIZEN

Enggan membiarkan Haris terus dibuai emosi, Zack Zawani menjemput rakan baik remaja itu untuk tampil ke hadapan bagi memberikan sokongan.

Tanpa membuang masa, dua rakan baik Haris tampil memeluknya sebagai tanda sokongan.

Perkongsian berkenaan pastinya mengundang sebak warga maya dan mereka mendoakan agar urusan Haris dan keluarganya berjalan lancar.

Komen netizen pada video dikongsikan.

"Semoga adik terus berjaya. Jangan mudah putus asa.

"Dengan aku aku sekali menangis. Semoga kau terus berjaya dik.

"Mula-mula menangis dah. Sampai je member dia peluk... habis banjir muka aku," komen beberapa netizen pada video.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain