suria

Sekeluarga bolot ruang parkir, paling seronok ‘lambak’ depan rumah orang! Depan pagar sendiri biar lapang

Wanita ini menunjukkan keadaan parkir kereta di hadapan rumahnya.

HIDUP dalam sebuah masyarakat yang berjiran perlulah menitikberatkan soal adab sesama tetangga.

Namun, ada kalanya sikap sesetengah anggota tetangga yang mementingkan diri ini membuatkan kita berasa kecewa seperti meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sehingga menyusahkan penghuni rumah di kawasan sama.

Dalam satu hantaran di TikTok baru-baru ini, seorang individu ini mendedahkan 'perangai' jirannya sekeluarga yang kurang menyenangkan.

"Nak cop dua parking sanggup parkir dekat tengah-tengah (garisan pembahagi). Padahal boleh muat dua buah kereta dekat situ. Tak nak bagi jiran lain letak kereta.

Keadaan kereta yang diparkir depan rumah wanita ini.

"Ni kereta (rujuk gambar) anak dia. Dekat mana tumpah kuah kalau tak ke nasi. Ikut perangai busuk hati mak dia parkir macam ni. Apalah salahnya kalau ke belakang sikit?" ujarnya.

Berdasarkan foto-foto yang dikongsikan, difahamkan pengadu tinggal dikawasan perumahan jenis teres.

Memahami bahawa semua kemudahan dan ruang awam adalah untuk kegunaan bersama, namun tindakan tidak bertimbang rasa jirannya menyukarkan dia dan beberapa penghuni berdekatan untuk meletakkan kenderaan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parkir dah biasa, penduduk flat ‘jiwa banglo’ bina garaj siap letak padlock - “Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali”

Lebih menyakitkan hati apabila ruang kosong dihadapan rumah jiran berkenaan tidak digunakan ahli keluarga dan dibiarkan kosong.

"Memanglah bukan parkir hak milik siapa-siapa tapi common sense tak ada ke? Orang lain pagi-pagi susah nak keluar.

Apabila kereta hitam dekat sangat dengan but kereta lepas tu kenderaan bapa dia (warna oren) pula sekat daripada depan.

"Masalahnya depan pagar rumah sendiri tak nak parkir? Kenapa la wujud orang berperangai macam ni?" katanya lagi.

Ada jenis park kereta anak beranak penuh depan rumah orang. Depan rumah dia clear.

NETIZEN

Tegas wanita ini, dia tidak ada masalah dengan jumlah kereta dimiliki keluarga ini namun sepatutnya mereka bertimbang rasa.

"Banyak kereta tak apa tapi tak nak parkir dalam pagar rumah atau depan pagar rumah sendiri.

"Nak park depan rumah orang lain juga. H**w*u betul," tulisnya membalas komen netizen pada hantaran dibuat.

Komen netizen pada video dikongsikan.

Setelah hantaran dibuat menjadi tular, rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan situasi lebih kurang sama dengannya.

"Ada jenis park kereta anak beranak penuh depan rumah orang. Depan rumah dia .clear

"Masalah dekat perumahan taman macam ni la. Rumah aku pantang depan, tepi kosong, memang satu famili parkir terus.

"Aku bab parkir seberang rumah macam ni okey lagi. Tapi kalau letak kereta betul-betul depan pagar rumah macam ni memang aku hangin la," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain