ZAMAN belajar di kampus pastinya dipenuhi dengan memori menggamit nostalgia bersama rakan-rakan seperjuagan. Namun dalam kemanisan itu, ada juga pahitnya apatah lagi ketika berjumpa dengan golongan yang liat untuk memberi kerjasama dalam tugasan berkumpulan. Tindakan lepas tangan sedemikian akan memaksa ahli kumpulan lain untuk menanggung bebanan tambahan bagi menyempurnakan tugasan. Begitulah kisahnya melalui satu video tular di TikTok, apabila seorang pensyarah mesra dikenali sebagai Sir Ladang memberikan peringatan tegas mengenai golongan yang digelar free rider ini. Universiti bukan sahaja tempat untuk menuntut ilmu tetapi turut mengajar nilai-nilai kehidupan. -Gambar hiasan "Jangan baik hati sangat nak tolong rakan sekumpulan yang tak buat kerja, nanti apabila kau susah, kau rasa dia nak tolong kau ke? "Kerja berkumpulan buat secara satu kumpulan, ingat satu benda je, nanti kau konvokesyen, naik satu pentas dengan dia (free rider) juga. "Waktu tu baru kau akan terfikir, eh tak tolong pun buat kerja, aku yang buatkan assignment, boleh juga ke graduate? "Sampai bila nak hidup backup kawan-kawan ni? Hidup ni jangan nak tolong orang sangat," ujar Sir Ladang memberikan nasihat. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘gebu’ gagahkan diri confess dekat crush, penantian berakhir dan persoalan terjawab - “Cuma saya terlambat” ARTIKEL BERKAITAN: Bermodalkan RM8 jual daun kering bersepah di kampus, lelaki ini jadi jutawan pada usia 29 tahun! Tak sampai sehari iklan, dah dapat ‘order’ Pada ruangan kapsyen, Sir Ladang menulis dia sudah 15 tahun berkhidmat sebagai pensyarah dan sudah lali dengan isu terbabit. "Nak tolong kawan pun tengok situasi dan keperluan, hidup ni keras ya adik sekalian! Kalau esok nak present, baru hari ni mengadu kumpulan tak bagi komitmen memang 'meletup' la pensyarah. "Report je awal-awal kawan tu, tak kisah la dia pengajian jarak jauh (PJJ) sekalipun, kalau dia dah bekerja dan nak juga sambung belajar, itu atas pilihan dia, Biar dia hadap. Kepada yang suka free rider dalam assignment, peliharalah adab dalam menimba ilmu. SIR LADANG PENSYARAH "Diri tu dah dewasa, beragak la juga nak pasrah je, akhirnya stres menanggung kerja orang. "Kepada yang suka free rider dalam assignment, peliharalah adab dalam menimba ilmu. Jangan mengkhianati amanah, mengabaikan tanggungjawab dan menzalimi orang lain," kata Sir Ladang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sependapat dengan hujah yang diketengahkan Sir Ladang. “Saya bekas student, sebelum pilih member untuk grup assignment, saya akan terus maklum awal-awal no free rider. Kalau ada, saya akan terus report dekat pensyarah. Warga maya berkongsi pandangan. "Itu belum kira lagi kerja yang ala kadar, benda nak cepat siap je bahagian dia sampai cincai jadinya, habis terjejas markah satu kumpulan. "Kumpulan yang ada free rider ni, kadang tu malas nak konflik sebab renyah jadinya, kami terus je tolong cover bahagian dia, asalkan assignment siap," kata sebahagian warga maya. Untuk rekod istilah free rider biasa kita dengar dalam kalangan mahasiswa di universiti. Gelaran ini timbul apabila ada antara ahli kumpulan yang tidak menjalankan tugasan yang diberikan tetapi masih mengambil manfaat dan faedah daripada menjadi ahli kumpulan tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube