suria

Wanita ‘cair’ tengok senyuman peniaga ini, tak cakap banyak terus beli... Tegur sikap penjaja sombong!

Wanita warga emas ini tekun berniaga sayur-sayuran di pasar.

SENYUMAN itu satu sedekah.

Kata mutiara di atas sering disebar luas bagi memupuk rasa kemesraan ketika bersemuka dan bersosial dengan orang sekeliling.

Senyuman di bibir bukan sahaja penting ketika aktiviti keramaian atau pertemuan dengan sanak saudara, tetapi ia juga wajar dititikberatkan bagi golongan peniaga.

Dunia perniagaan memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi ujian yang bertali-arus. -Gambar hiasan

Melalui satu hantaran di laman Facebook, seorang wanita yang mesra dikenali sebagai Kak Nia menceritakan keberkesanan senyuman yang sedikit sebanyak dapat membantu melariskan jualan.

Menurut Kak Nia, kisahnya bermula ketika dia sedang singgah membeli di sebuah pasar apabila pandangan matanya tertancap kepada seorang wanita lanjut usia yang berbangsa Cina.

"Saya memang suka menyantuni orang tua yang berniaga dekat pasar. Sebab saya fikir suatu hari nanti, kita pun akan jadi warga emas dan kudrat kita pada waktu itu pasti tak seberapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesian pelancong, tour guide cuma beri 5 minit untuk shopping! Peniaga syak sengaja tutup periuk nasi sebab tiada komisen

ARTIKEL BERKAITAN: Muak dengar alasan ‘sekejap lagi transfer’, peniaga tegur sikap pembeli suka berhutang... Cuba tahan nafsu kalau tiada duit!

"Setiap kali saya pergi pasar, saya mesti akan lalu depan seorang aunty ni, berumur orangnya tapi terpaksa berniaga juga untuk kelangsungan hidup.

"Aunty tu selalu panggil saya untuk membeli di gerainya sambil tersenyum-senyum, saya memang tak sampai hati apabila tengok macam tu dan akan datang beli juga walaupun dah selesai beli di gerai lain.

"Saya anggap sedekah setakat RM2 hingga RM5 macam tu, kecil saja pada kita tapi besar nilainya untuk seorang peniaga," kata Kak Nia.

Sesetengah peniaga tu sombong betul, lagaknya macam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat.

KAK NIA

Seterusnya Kak Nia berkongsikan pengajaran berharga yang diperolehnya daripada urusan jual beli dengan wanita warga emas tersebut.

"Daripada sini kita boleh nampak, nak berniaga tak boleh sombong. Kena senyum selalu dan ucap terima kasih. Hargailah pelanggan yang datang.

"Ini tidak, sesetengah peniaga tu kadang sombong betul, lagaknya dah macam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, muka kelat je sepanjang masa tak nak senyum langsung.

Barangan kering adalah antara bahagian yang wajib ada dalam setiap pasar raya. -Gambar hiasan

"Kalau dah macam tu, boleh kirim salam je la pelanggan nak datang beli dekat gerai awak tu," kata Kak Nia menitipkan pesanan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong perspektif yang dikemukakan Kak Nia.

"MasyaAllah semoga dimurahkan rezeki Kak Nia.

"Saya pun selalu datang beli dekat aunty ni, syukur Alhamdulillah rezeki untuk aunty tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain