suria

Teruja tengok Toyota Alphard jadi teksi di Jepun, lelaki ini seru orang perasan kaya di Malaysia buka mata

Lelaki ini berasa kagum melihat kemajuan di Jepun.

HIDUP jangan terlalu mendongak ke langit, risau tersungkur menyembah bumi.

Setiap insan pasti akan berasa rendah diri ketika melihat gambaran kehidupan yang berada luar daripada zon selesanya.

Begitulah kisahnya melalui satu video tular di TikTok, apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hairul Vcool melancong ke Jepun dan terbuka matanya untuk menundukkan ego.

Teksi bermeter masih boleh didapati sehingga ke hari ini. -Gambar hiasan

Hairul yang merupakan seorang penyelenggara barangan elektronik mengakui terpesona apabila melihat kemewahan kenderaan e-hailing dan teksi di negara matahari terbit itu.

Menurut Hairul, mungkin ramai dalam kalangan pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Aplhard di Malaysia berasa cukup bangga apabila memiliki kenderaan itu.

"Kepada mereka yang dah rasa kaya sangat pakai Alphard tu, sini datang tengok. Dekat Jepun, Alphard ni rupanya jadi teksi je.

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah Grab, dapat Mercedes! Penumpang ‘siasat’ siapa pemandu, rupanya ada banyak lagi kereta mewah di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Naik e-hailing pergi kuliah, pelajar tak sangka kena ‘tarbiah’! Pemandu nasihat tentang alam dewasa, ramai lupa mak ayah

"Tengok dekat situ pula, Toyota Vellfire pun ada yang jadi teksi. Ini semua teksi ye dekat sini. Jom kita tengok kereta mewah apa lagi yang jadi teksi dekat Jepun," ujar Hairul teruja.

Pada ruangan kapsyen, Hairul mengakui dia berasa kecil apabila menyedari realiti sedemikian.

"Kereta aku rupanya teksi je dekat Jepun ni," kata Hairul berpijak di bumi yang nyata.

Jangan nak terkejut sangat la, dekat Malaysia ni kereta Alphard brand new pun ada yang diangkat jadi van jenazah.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menjelaskan fenomena sedemikian mungkin disebabkan jenama Toyota merupakan produk keluaran Jepun.

"Toyota tu kenderaan tempatan Jepun, macam mana kita tengok berlambaknya Proton Exora jadi teksi dekat Malaysia, begitu juga Aplhard di sana.

"First time pergi luar negara ke abang? Dekat Jerman, BMW dan Mercedes tu dah biasa nampak jadi teksi. Kalau dekat Amerika Syarikat pula, kereta Tesla pun boleh jadi teksi.

"Jangan sampai kita terus bawa abang pergi Emiriah Arab Bersatu (UAE) atau Arab Saudi," komen beberapa pelayar media sosial.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

Tambah warga maya lagi, trend sedemikian turut dikatakan sudah 'berjangkit' ke Malaysia.

"Dulu dekat Pulau Pinang saya pernah naik teksi Vellfire harga RM5 je. Apabila keluar kereta rasa macam orang kenamaan setaraf Blackpink. Di lapangan terbang kita pun banyak je teksi Toyota Alphard.

"Jangan nak terkejut sangat la, dekat Malaysia ni kereta Alphard brand new pun ada yang diangkat jadi van jenazah.

"Tapi kalau nak tahu satu fun fact, naik teksi dekat Jepun boleh dikira sebagai orang kaya sebab untuk setiap satu minit ride, akan dicaj harga 100 yen (RM3.20)," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain