suria

Gemuk jadi punca suami curang, wanita nekad jaga badan... Lepas setahun tinggal 57kg, terus minta cerai

Seorang wanita tetap bertenang meskipun diuji dengan masalah rumah tangga. -Gambar hiasan

KECURANGAN pasangan merupakan ujian berat dalam rumah tangga.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah nasib yang menimpa seorang wanita.

Tidak hanya menangis dan meraung di bucu katil meratapi kesedihan, dia bagaimanapun cuba untuk mengumpul kekuatan dengan menempuh dugaan itu dengan tenang.

Menurut wanita itu, bahtera rumah tangga yang dibina bersama suami memasuki usia empat tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Seorang isteri menyedari suaminya bersembang dengan wanita lain menerusi satu aplikasi. -Gambar hisan

Namun dia mengakui saiz tubuhnya yang besar dikatakan sebagai punca si suami mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.

“Saya seorang plus size, tinggi 160 sentimeter dan berat 82 kilogram (kg). BMI (indeks jisim badan) memang dah obes tahap satu.

“Suatu hari, suami saya kantoi sembang dengan perempuan lain dekat aplikasi Tinder,” kata wanita itu menerusi satu luahan di laman X.

Bersemuka secara baik, wanita itu meminta diberikan tempoh selama setahun untuk kembali menarik perhatian suaminya dengan menguruskan badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kerja ‘gomen’ gaji RM8K pandang suami sebelah mata, selalu ugut nak naik mahkamah... Tergamak gelar ‘biawak hidup’

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

Sepanjang tempoh itu, katanya pelbagai usaha yang dilakukan terutama mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan dan aktiviti senaman.

“Hari ini genap setahun tempoh yang saya minta dengan suami, daripada 22 Disember 2022 hingga 22 Disember 2023. Selama tempoh setahun, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 25kg.

“Saya diet, bersenam, saya sertai kelas zumba. Saya jaga pemakanan. Berat badan saya sekarang 57kg,” ujarnya lagi.

Isteri nekad untuk berpisah dengan suami selepas berjaya menguruskan badan. -Gambar hiasan

Menyaksikan perubahan yang progresif pada dirinya sendiri, wanita itu kemudian sekali lagi bersemuka dengan suaminya.

Namun, apa yang disuarakan wanita itu sememangnya tidak disangka-sangka.

“Saya cakap ‘Dah genap setahun hari ini. Jomlah pergi pejabat agama, failkan cerai’,” katanya membuat pengakuan.

Curang tu datang dari hati. Gemuk tu sebagai pengukur alasan untuk curang je.

NETIZEN

Menurut wanita itu lagi, hasratnya untuk berpisah ternyata mengejutkan suaminya yang kemudian merayu untuk membatalkan niatnya itu.

“Suami saya melutut merayu menangis tak nak (cerai). Dia kata ‘You yang paling cantik di mata I’. Tergelak saya.

“Jujurnya, saya dah tawar hati sebab sebelum ni memang macam-macam hal dia dah buat. Doakan saya kuat,” katanya yang nekad mahu berpisah dengan suaminya.

Wanita ini sudah tawar hati kerana sikap suami. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan mempertikaikan keputusan wanita itu, malah menganggap tindakannya sebagai membalas dendam di atas kecurangan suaminya sebelum ini.

“Kenapa dah kurus baru nak minta cerai? Kenapa masa kantoi tu tak terus minta?

“Curang tu datang dari hati. Gemuk tu sebagai pengukur alasan untuk curang je. Tempoh setahun isteri dia diet tu takkan tak nampak progres? Maksudnya sepanjang tempoh diet pun suami dia memang tak hargai dia kurus.

“Cerai je sebab dah tawar hati. Curang tetap curang. Macam mana sekalipun berbaik, hati tak akan sama macam dulu. Kamu nak ke hidup dalam was-was?,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain