suria

Tuan rumah ‘mati akal’ penyewa langgar kontrak, nak pindah lepas 2 tahun... Netizen saran pulangkan deposit

Perjanjian sewa rumah perlu ditandatangani bagi mengelakkan kontrak dilanggar. -Gambar hiasan

KERBAU dipegang talinya, manusia dipegang pada kata dan janjinya.

Begitulah pandangan kebanyakan masyarakat berhubung isu sewaan rumah pada masa kini.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna bingung apabila penyewa di rumahnya mahu membatalkan kontrak sewaan selepas dua tahun mendudukinya.

Kebanyakan masyarakat gemar berlabur dalam hartanah. -Gambar hiasan The Star

Kebanyakan masyarakat gemar berlabur dalam hartanah. -Gambar hiasan The Star

Ia jelas melanggar tempoh perjanjian yang ditandatangani bersama iaitu selama tiga tahun.

“Kalau penyewa langgar perjanjian sewa rumah, ikutkan kontrak sewa tiga tahun. Tapi penyewa sewa dua tahun dah nak pindah.

Mengikut prosedur dan perundangan yang betul, kontrak perjanjian tersebut juga telah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah jadi owner rumah sewa! Duit ‘terbang’ selepas penyewa pengotor pindah keluar, kos repair cecah RM6,000

“Surat perjanjian dah matikan setem di LHDN. Apa patut onwer buat,” tambahnya lagi.

Persoalannya itu mendapat perhatian warga maya, namun kebanyakannya beranggapan dia tidak prihatin dan bertimbang rasa terhadap penyewa.

Malah ada yang beranggapan penyewa terbabit terpaksa berpindah atas urusan kerja.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing

“Dalam hidup ni, kena ada sikap timbang rasa. Kalau penyewa serahkan rumah dalam keadaan baik, tuan rumah pun boleh je batalkan kontrak. Mungkin bukan sebab suka-suka nak pindah tapi terpaksa.

"Apa masalah kalau dia bagi notis? Tuan rumah rugi ke? Hidup ni kena ada budi bicara.

“Ikut budi bicara. Dulu saya pernah sign agreement dua tahun. Tanya owner Cina masa tu macam mana kalau pindah tempat kerja sebelum dua tahun... dia kata tak apa, janji tunjuk bukti dan dia akan pulangkan deposit penuh.

“Saya sebagai pemilik rumah, setakat ni penyewa-penyewa saya nak keluar sebelum tamat tempoh agreement, saya pulangkan deposit penuh kalau rumah diserahkan dalam keadaan baik tanpa banyak soal,” ujar warga maya.

Bagaimanapun, terdapat sebilangan netizen lagi yang mencadangkan supaya pemilik rumah tersebut tidak memulangkan semula deposit kerana penyewa telah melanggar kontrak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain