suria

Pelanggan mengadu tak nampak kedai, peniaga Muar terus pindah... Cuba ‘husnuzon’, anggap lokasi lama agak tersorok

Lokasi baharu kedai milik Naufal di Jalan Abdul Rahman kini mendapat perhatian pengunjung.

LUAHAN seorang peniaga tentang kedai makan miliknya 'terlindung' daripada pandangan orang ramai mendapat perhatian warga maya.

Menerusi perkongsian di laman X, Naufal Antezem berkata, situasi aneh yang dihadapinya itu membuatkan dia terpaksa berpindah ke lokasi lain.

"Aku pernah jadi mangsa customer asyik tak nampak kedai ataupun nampak kedai aku tak buka padahal aku buka... siap dengan bukti CCTV (kamera litar tertutup).

Lokasi lama kedai makannya dikatakan sedikit tertutup.

Naufal mula di lokasi baharu pada November tahun lalu.

"Kau tahu apa solusi aku? Aku pindah kedai sebab kedai lama memang tersorok. Aku pindah yang tepi jalan besar Muar (Johor) terus," ciapnya.

Malah katanya, sejak berniaga di lokasi baharu, dia tidak lagi mendengar rungutan tentang kedainya tidak dilihat atau tutup.

"Aku percaya benda-benda mistik ni tapi aku malas nak serabut fikir benda yang aku tak dapat nak tackle secara terus. Orang tak nampak, ya udah guwe pindah... Alhamdulillah sekarang tak ada lagi isu orang nampak kedai tutup, selagi akal boleh fikir solusi, kita cari jalan keluar," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Termenung tunggu pelanggan di kaki lima... Nasib peniaga Penang berubah selepas viral, nasi lemak RM1 tiba-tiba laris sampai Sarawak

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Abang jagung PTI’ seronok layan pelanggan, bijak tepis usikan manja - “Sebelum ni orang tak nampak gerai saya”

Tidak terhenti begitu saja, dia kemudian berkongsi pengalaman dengan rakan niaga lain supaya mereka yang mengalami situasi sama tidak mempercayai perkara tahyul dan kurafat sepenuhnya.

"Aku nak naikkan semangat rakan niaga lain. Yang buntu, lemah semangat dan mudah diganggu semangat dengan fikir mesti ada orang hantar 'benda' ke kedai.

"Aku berani mati cakap kedai aku pernah ada fasa tak sedap langsung sebab tu orang tak datang. Apa aku buat? Baikilah," tambahnya.

Malah katanya, kritikan yang diterima sepanjang tempoh berniaga adalah jawapan kepada masalah yang dialami sambil berazam untuk meningkatkan jualan pada tahun ini.

Semangat macam ini yang kita mahu anak muda... sebab itu kedai tomyam pasang lampu warna tu banyak-banyak.

WARGA MAYA

Ketika dihubungi mStar, Naufal berkata, dia mula beralih ke lokasi baharu iaitu kawasan tumpuan di Jalan Abdul Rahman, Muar, pada awal November 2023 bagi meneruskan perniagaan Ayam Cabe Cobek .

"Lokasi kedai lama agak tersorok dengan deretan kedai-kedai buatkan pelanggan tak perasan, tak nampak kedai. Jadi kami buat keputusan pindah kedai ke kawasan tumpuan Muar dan mudah dicari pelanggan.

"Itulah inisiatif yang diambil untuk atasi masalah pelanggan tak nampak kedai atau nampak kedai macam tutup. Jumlah pengunjung juga jauh lebih baik serta pelanggan beri respons positif," ujarnya yang turut mengumpul modal untuk melukis mural pada dinding premis.

Warga maya meninggalkan komen masing-masing.

Warga maya meninggalkan komen masing-masing.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan memberi sokongan dan dorongan kepadanya untuk terus berjaya.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan untuknya melakukan penambah baikkan.

"Semangat macam ini yang kita mahu anak muda. Sebab itu kedai tomyam pasang lampu warna tu banyak-banyak... nak bagi orang tahu kedai makan yang buka.

"Tapi benda kedai tak nampak ni betul-betul jadi kat aku. Masa aku nak pergi makan kat kedai favourite, aku tengok tutup. Esok pagi aku tanya owner kenapa tutup tapi dia cakap buka. Malah empat orang cakap perkara sama pada dia.

"Sabar. Biasalah kedai makan mak aku pun kena, akhirnya pagi-pagi lepas subuh aku dengan arwah ayah nak buka kedai, elok je nampak tanah kubur," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain