suria

Aksi tiga gadis cantik berjoget undang rasa kurang senang ramai, tak manis dengan penampilan... UAI pun pernah tegur

Tangkap layar video tiga wanita yang sedang berjoget menjadi tular.

TIDAK salah untuk berhibur namun tindakan berkongsi rakaman aksi kurang manis untuk tatapan umum akhirnya mengundang padah.

Demikian padangan yang diutarakan netizen berhubung video tular menunjukkan tiga wanita bertudung menari secara keterlaluan.

Menerusi rakaman video berdurasi 23 saat itu, ketiga-tiga mereka dilihat lengkap berbaju kurung.

Antara aksi yang dilakukan mereka.

Antara aksi yang dilakukan mereka.

Tingkah laku mereka yang disifatkan tidak sesuai dengan imej wanita Muslim itu membuatkan seorang pelayar laman X berkongsi video berkenaan dengan kapsyen "Hantaran berapa ni?".

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meninggalkan reaksi negatif terutama golongan lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cantik reda hadapi musibah banjir, tak putus-putus sangka baik dengan Allah - “Sedih boleh, tapi jangan lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki disaran jangan kahwin perempuan B40 adik-beradik ramai, banyak beban! - “Tak guna isteri cantik tapi menyusahkan”

"Inilah masalahnya apabila jadi lawa, jadi over confident sampaikan rasa diri boleh buat apa-apa untuk dapatkan perhatian netizen.

"Kalau macam ini, tak ingin aku nak buat isteri.

"Zaman sekarang nak happy dengan kawan pun tak boleh, ada je condemn... Memanglah tak manis tapi kita semua manusia tak lari daripada dosa.

Menari di khalayak ramai tanpa ada tingkah laku haram hukumnya adalah makruh,

USTAZ AZHAR IDRUS

PENDAKWAH

"RM20,000 boleh lagi, bukan orang kisah sangat pun setakat video joget dalam bilik beberapa saat," ujar beberapa pelayar.

Bagi pelayar wanita, mereka tampil dengan sindiran kerana beranggapan wanita cantik boleh melakukan apa sahaja tanpa dikecam.

"Muka dah cantik, tolonglah hargai. Biar muka dan perangai seiring cantiknya.

Antara reaksi warga maya pada perkongsian tersebut.

Antara reaksi warga maya pada perkongsian tersebut.

"Tak apa, yang lelaki buta, pekak sebab mereka cantik... cuba kalau kepam, gemuk buat macam ni. Mesti kena kecam teruk.

"Lelaki suka yang terkinja-kinja ni, asal cantik... apa ada hal," ujar beberapa pelayar wanita.

Sebagai pengajaran bersama, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pernah menerangkan tentang hukum bagi lelaki dan wanita yang tanpa segan silu menunjukkan aksi menari secara terbuka di media sosial.

Jelasnya menari di khalayak ramai tanpa ada tingkah laku haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

"Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat, berpakaian ketat, seksi, gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram.

"PeRlakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain