suria

Suami tabligh berubah watak waktu malam, ketagih video lucah! Isteri buntu, mengadu nafkah keluarga selalu terabai

Seorang wanita melahirkan rasa kecewa dengan sikap suaminya. -Gambar hiasan

SEGALANYA akan kelihatan manis ketika di awal hubungan romantis.

Namun tatkala mula tinggal sebumbung, satu persatu 'warna' sebenar pasangan pastinya dapat dilihat yang mungkin selama ini disembunyikan.

Ketika tiba di fasa ini, rumah tangga yang dibina bakal diuji dan keikhlasan suami isteri dalam mencintai antara satu sama lain akan terlihat.

Keluarga harmoni bermula dengan suami isteri yang memahami tanggungjawab masing-masing. -Gambar hiasan

Melalui satu luahan tanpa nama di laman Facebook, seorang wanita menceritakan kekecewaannya dengan sikap suami yang hidup berpaksikan hawa nafsu.

Dakwa wanita itu, suaminya pada luaran mempunyai perwatakan sebagai seorang yang warak tetapi berubah mendadak apabila di rumah.

"Suami saya solat tak tinggal, urusan tabligh selalu disempurnakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri makan hati, suami nak ikut tabligh tak tinggal nafkah malah paksa gadai emas... kalau bersuara dilabel ‘tak sanggup berkorban ke jalan Allah’

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dapat video call misteri, isteri di sebelah terkejut nampak wanita tak berbaju... Tiba-tiba diugut sebar aksi lucah!

"Tapi ketika menjelang malam, suami akan sibuk melayan telefon pintar. Rupanya dia duduk tengok video lucah dan berbual dengan perempuan di Instagram.

"Dia terlalu asyik buat semua benda tu sampai tanggungjawab isteri dan anak diabaikan. Ketika di rumah, hidupnya hanya dengan telefon pintar," luah wanita itu.

Sebagai makluman, tabligh merujuk kepada mereka yang menggunakan kudrat diri, harta dan waktu untuk menyampaikan mesej Islam.

Menonton video lucah boleh jadi antara asbab tertutupnya pintu rezeki.

WARGA MAYA

Tambah wanita tersebut, lebih menambah rasa sedih di hati apabila si suami turut culas dalam memberikan nafkah.

"Duit perbelanjaan pun dia tak mampu bagi sampai saya yang terpaksa hulurkan wang. Saya akui gaji saya lebih besar sikit daripada suami, tapi sekarang saya dah diberhentikan kerja.

"Setiap hari terasa makin berat ujian yang saya perlu lalui. Urusan anak-anak semua pun saya yang tanggung.

"Saya dah buntu apa yang nak kena buat ni," katanya menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meminta wanita lain mengambil pengajaran daripada kisah yang dikongsikan dan sentiasa berhati-hati dalam memilih bakal suami.

"Ramai yang saya kenal lebih kurang macam ni juga kisahnya, ada terjebak dengan ganja dan ketum. Apabila ditegur tak mahu terima, katanya percaya pada rezeki Allah. Minta dijauhkan daripada keturunan kita orang macam ni.

"Menonton video lucah boleh jadi antara asbab tertutupnya pintu rezeki. Tapi jangan sapu rata semua orang tabligh, ada yang baik dan sempurna budi pekertinya saya pernah jumpa.

"Fikir masa depan anak-anak sis, jika suami lebih bawa banyak mudarat daripada kebaikan, tolong tinggalkan dia," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain