suria

Sedap cari lauk ikan gelama, senangin bawah jambatan... Kaki pancing tunjuk laluan rahsia, seram kalau lemah semangat

Laluan rahsia di bawah Jambatan Muhibbah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

BAGI sesetengah kaki pancing, memancing di sungai, tasik ataupun laut bukan sekadar hobi biasa, tetapi satu gian yang perlu dipenuhi.

Kepuasan yang tidak terungkap dengan kata-kata apabila joran tiba-tiba direntap, menandakan habuan sudah mengambil umpan.

Kebiasaannya, komuniti pemancing mempunyai lokasi tertentu yang disifatkan sebagai 'lubuk emas' untuk menangkap ikan yang besar dan tinggi nilainya.

Tangga untuk turun ke tiang jambatan yang menjadi tempat memancing.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki menunjukkan 'port' untuk memancing yang laluan perjalanannya dilihat cukup getir dan mencabar, dipercayai di Pulau Indah berhampiran Pelabuhan Klang, Selangor.

Menariknya lokasi memancing tersebut terletak di bawah jambatan jalan raya di mana boleh kedengaran kenderaan sedang lalu-lalang di atasnya.

Menerusi video tersebut, kelihatan titi gantung buatan sendiri dibina sebagai laluan pejalan kaki manakala talinya dipaku pada dinding konkrit jambatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek umur 80 tahun makin ‘panjang langkah’, siap keluar memancing tepi jalan... Rupanya ada kisah di sebalik kerusi roda RM3,000 ini

ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tawaran kerja demi jaga mak ayah OKU, gadis kampung minat bisnes sanggup jual pekasam hasil memancing ikan di belakang rumah

Titi gantung dengan lantai yang diperbuat daripada papan kayu itu dilihat membawa pemancing ke tengah muara sungai di mana kebarangkalian untuk mendapat ikan adalah lebih tinggi.

Menceritakan pengalaman, lelaki tersebut berkata dia berasa cukup gayat ketika menaiki titi gantung itu,

"Seramnya, tinggi betul tengok bawah. Tapi kita teruskan dengan semangat yang tengah membara. Kalau nak tahu, Ini memang laluan dibuat untuk kaki pancing.

"Titi ni sebenarnya dah lama ada, sekarang turut ditambah dengan pelampung keselamatan bertali di setiap tiang jambatan.

Baru pergi petang semalam, waktu Maghrib ternampak lembaga hitam besar dekat tiang nombor lima... kemas barang terus balik.

WARGA MAYA

"Memancing dekat sini sedap nak cari lauk, boleh dapat ikan gelama, kadang tu kalau nasib baik dapat ikan senangin," katanya.

Seorang warga maya kemudian berkata dia pernah menggunakan laluan titi gantung tersebut pada tahun 2006.

"Dulu waktu tahun 2006, kalau naik titi ni kena bayar RM1, sekarang kena bayar berapa saya kurang pasti.

"Tapi baru-baru ni saya pergi dah tak ada orang jaga, boleh masuk terus je," ujar warga maya.

Hobi memancing memerlukan kesabaran tinggi kerana penungguan boleh memakan masa berjam-jam lamanya. -Gambar hiasan

Warga maya lain pula berasa terpesona melihat pendedahan tentang selok-belok dunia memancing itu.

"Dulu selalu tertanya-tanya macam mana pemancing boleh pergi ke setiap tiang jambatan tu dan memancing di tengah sungai, ingat mereka ada bot sendiri.

"Rupanya ada laluan rahsia di bawah jambatan dan tangga untuk turun ke bawah," kata warga maya kagum.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang mendedahkan kisah mistik di lokasi memancing tersebut.

Sebahagian komen warga maya.

"Baru pergi petang semalam, waktu Maghrib ternampak lembaga hitam besar dekat tiang nombor lima, kemas barang terus balik.

"Pernah pergi sana waktu malam, memang gelap gelita, nak pergi tiang hujung sekali, tiba-tiba lemah semangat seolah rasa macam nak sakaratul maut.

"Menggigil hujung kaki sampai ke ubun-ubun, nasib baik ada member tolong untuk saya teruskan.

"Tempat tu pun ada banyak lipas dan tikus sebab kotor," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain