suria

Port tengok pesawat mendarat, berlepas jadi lokasi healing... Penduduk tak selesa, rasa pengunjung menyemak - “Risau pilot silau je”

Lokasi melihat kapal terbang mendarat dan berlepas menjadi tumpuan orang ramai.

RAMAI yang kagum setiap kali melihat pesawat terbang tinggi di awan biru, sekali gus menjadi bukti betapa hebatnya dunia kejuruteraan hari ini.

Justeru, tidak hairanlah apabila orang awam sentiasa mencari peluang untuk melihat pesawat berlepas atau mendarat di landasan lapangan terbang.

Rata-rata lapangan terbang juga mempunyai anjung tinjaunya sendiri, satu nilai tambah kepada industri pelancongan tempatan.

Orang ramai hadir memeriahkan lokasi.

Tular satu video di laman Facebook, memaparkan orang ramai meletakkan kereta di bahu jalan bagi menyaksikan sendiri pelbagai jenis pesawat terbang di atas kepala.

Lokasi tersebut dipercayai terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

"Ini port tumpuan untuk orang ramai di Pulau Pinang datang tengok kapal terbang mendarat dan berlepas. Ramai yang suka datang lepak.

ARTIKEL BERKAITAN: Juruterbang rakam limpahan cahaya gemerlapan dari atas ruang udara Vietnam, lebih terang daripada pusat bandar

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri tangga tangga tepi lebuh raya terungkai, rupanya tempat ‘healing’ tersembunyi... Tapi orang lemah semangat kena hati-hati

"Dah jadi macam tempat healing dekat sini, siap ada yang bawa kerusi lipat dan duduk di situ bersantai sambil bersembang dengan kawan-kawan atau keluarga.

"Ada juga yang bawa tikar dan hampar dekat tepi tu untuk berkelah makan-makan, memang 'sempoi' habis," kata warga maya yang pernah berkunjung ke lokasi itu.

Namun, keterujaan orang ramai untuk melihat kapal terbang ternyata tidak disenangi sesetengah penduduk tempatan yang menganggap mereka hanya mengganggu kelancaran lalu lintas.

Tempat tu sepatutnya ditutup terus daripada diakses oleh orang awam, high risk area untuk kapal terbang, semoga ada tindakan segera.

WARGA MAYA

"Bahaya la parking kereta macam tu, menyusahkan pengguna jalan raya, jadi jam waktu puncak sebab puak mereka ni la. Silap hari bulan mereka siap berkhemah dekat tepi tu.

"Laluan jalan sepatutnya ada dua tapi boleh guna satu je sebab mereka ni dok parking dekat tepi. Rasa menyemak la ada mereka ni.

"Dah la biar anak lari-lari tanpa pengawasan macam tu je, kalau tiba-tiba budak tu pergi ke tengah jalan dan kena langgar baru nak ada akal. Tahu nak berseronok dan ikut trend je.

"Waktu malam pun ada mereka lepak dekat situ, dah la gelap, sangat tinggii risiko untuk berlaku kemalangan. Harap ambil maklum pihak berkuasa," kata sebahagian warga maya.

Sebahagian komen warga maya.

Tidak kurang juga warga maya yang berkata aktiviti melepak di situ pada waktu malam boleh membahayakan penglihatan juruterbang.

"Selalu nampak yang lepak dekat situ waktu malam buka lampu kereta, risau pilot silau je. Ada risiko keselamatan sebab mengganggu jarak penglihatan pilot ketika nak mendarat, dah la pendaratan merupakan waktu kritikal dalam penerbangan.

"Duduk terfikir juga dalam ramai-ramai yang lepak dekat situ, mungkin ada yang gatal tangan nak cuba main dron ke, kalau tersedut dron tu masuk dalam enjin kapal terbang, nauzubillah min zalik.

"Tempat tu sepatutnya ditutup terus daripada diakses oleh orang awam, high risk area untuk kapal terbang, semoga ada tindakan segera," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain