SEORANG wanita tidak menyangka lelaki yang dikenali sewaktu sama-sama menjadi pengapit kepada pasangan pengantin adalah jodohnya. Puteri Kamaliah Aswadi, 26, berkata, suaminya, Mohamad Ameer Amisyar Taib merupakan sepupu pengantin lelaki dan hubungan mereka bermula selepas majlis persandingan selesai pada 26 November 2022. "Pertama kali tengok Ameer dekat majlis kenduri kawan saya yang mana saya juga jadi pengapit. Sebelum majlis saya sempat bergurau suruh dia cari pengapit lelaki yang single dan handsome biar sedap mata memandang. Puteri tidak menyangka dia menamatkan zaman bujang dengan rakan pengapit. "Selepas habis kenduri, Ameer cari saya dulu dan minta akaun Instagram saya. Dari situ kami mula bertegur dan gunakan alasan nak hantar gambar kenduri. Sejak itu kami mula berkenalan dan makin rapat. "Beberapa bulan lepas tu Ameer buat luahan yang dia sukakan saya. Entah macam mana saya terbuka hati terima dia sedangkan pada tahun tu (2022) saya dah putus asa malas nak bercinta," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Persahabatan lebih 10 tahun putus, bakal pengantin ‘marah’ sahabat baru kematian nenek batal jadi pengapit ARTIKEL BERKAITAN: Pengapit perempuan asyik jeling, menyampah! Gara-gara tak puas hati dapat kipas patah, akhirnya bertemu jodoh Menurut Puteri, ibu dan bapanya sebelum ini cuba membantunya mencari jodoh dengan memperkenalkan beberapa pemuda sebagai calon suami. Namun, semua usaha itu tidak berhasil sehingga bapanya juga berputus asa untuk memperkenalkan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Bagaimanapun, Puteri mendedahkan bapanya sebelum ini pernah mengirimkan doa kepada sahabat yang menunaikan umrah memohon agar dipermudahkan urusannya bertemu jodoh. Puteri kagum dengan usaha Ameer yang ikhlas mahu menikahinya. "Itulah usaha terakhir abah. Abah pun ada bagi video kawan dia mendoakan jodoh untuk saya. Kawan (pengantin perempuan) pun tahu saya ni masih single dan main-main je fasal jodoh, dia suruh jadi pengapit. Dia cakap cuba dulu mana tahu jodoh. "Aturan Allah, bila saya jadi pengapit akhirnya saya dapat berkenalan dengan suami. Dalam masa tujuh bulan saja kami terus bertunang," jelasnya sambil menambah dia dan suami sama-sama berasal dari Sungai Petani, Kedah. Berkongsi mengenai usaha Ameer untuk memenangi hatinya, Puteri berkata pemuda itu amat penyabar dan sanggup mengikut syarat yang ditetapkan sebelum berkahwin. Lepas jumpa abah pun, dia puji Ameer ni budak baik. Saya pun tak tunggu lama lepas tu. PUTERI KAMALIAH Antara syarat yang dipenuhi termasuklah dua kali khatam tadabur al-Quran, sekali gus membuatkan Puteri jatuh hati terhadap usaha dan keikhlasan lelaki ini untuk memilikinya. "Suami saya ni bertugas sebagai bomba di airport Sarawak. Sebelum dia nak balik bertugas, Ameer nak sangat jumpa dengan abah saya raya tahun lepas. Dari situ terdetik dalam hati yang dia tak main-main. "Selepas berjumpa abah puji Ameer ni budak baik. Saya pun tak tunggu lama lepas tu. Saya ajak ahli keluarga ke rumah dia untuk beraya dan kenalkan keluarga masing-masing. "Dari situ jugalah kami dapat restu kedua-dua belah pihak dan saya terus ajak dia bertunang memandangkan suami jarang ada di Semenanjung. Kami bertunang pada Jun tahun lepas," katanya lagi. Ameer berjaya menambat hati Puteri. Perkenalan tidak sampai satu tahun ini berakhir dengan kegembiraan apabila Puteri dan Ameer disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember 2023. Dalam pada itu, Puteri turut menitipkan pesanan buat mereka yang masih bujang atau yang pernah kecewa dalam percintaan agar bersikap lebih terbuka untuk berkenalan dengan orang baharu. Dia yang bekerja dalam bidang Perhubungan Awam berkata, penting untuk setiap orang untuk menjadi diri sendiri ketika berkenalan dengan mana-mana individu diminati. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube