suria

Isteri diam-diam check telefon suami, sikapnya terbongkar selepas baca komen ditulis di video orang lain... Terus rasa serba salah

Seorang isteri terharu membaca komen yang ditinggalkan suami pada video di TikTok.

KEPERCAYAAN terhadap pasangan merupakan satu perkara penting dalam hubungan suami isteri.

Namun, sejak kebelakangan ini terlalu banyak pendedahan dibuat mengenai kisah rumah tangga di platform media sosial sama ada melalui perkongsian status, video atau menulis di ruangan komen.

Senario sebegini membuatkan seorang isteri, Milla Hassan terdetik hati untuk memeriksa kandungan telefon bimbit suaminya.

Seperti yang dikongsikan dalam satu video yang dimuat naik, Milla merakamkan detik-detik ketika dia 'menggeledah' peranti suaminya dengan membuka bahagian sejarah (history) komen.

Milla melihat komen yang ditulis oleh suami di video orang lain.

"Saya ni susah nak pegang telefon suami sebab saya percayakan dia.

"Lepas tu kelmarin naik dekat FYP (for you page) seorang kakak ni fyp suami dia penuh dengan macam-macam.

"Jadi normal la kita... benda yang jadi tu ada dalam fikiran. Saya pun check (semak) la sejarah komen apa semua. Saya jumpa ayat ni," tulisnya pada video.

Sewaktu wanita ini meneliti satu per satu komen ditinggalkan suami pada beberapa video, dia terhenti seketika membaca ayat ditulis suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tumpang kasih sayang anak buah, tatang macam zuriat sendiri... Pasangan TTC 9 tahun lali hadap ‘mulut puaka’

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak kan semua nak beritahu orang?” - Selepas 7 tahun menunggu, sabar ‘hadap’ soalan sensitif... pasangan TTC masih harap timang zuriat tahun 2022

Pada video rawak (random) itu, si suami menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan hidupnya dan isteri yang sudah sekian lama berumah tangga.

"Semoga aku dapat menjadi suami yang terbaik untuk isteri aku. Sudah bersama hampir tujuh tahun.

"Doakan isteri aku mengandung. Isteri aku ni dia baik sangat," tulis si suami di ruangan komen.

Saya sedih sebenarnya sebab dia memang suami yang baik.

MILLA

Sudah pasti sebagai seorang isteri dia berasa terharu membaca komen begitu jujur dan dianggap seikhlas hati yang ditulis oleh suaminya dalam diam-diam.

Dalam pada itu, Milla turut meluahkan rasa bersalahnya terhadap suami kerana masih belum mampu memberikan zuriat.

"Saya sedih sebenarnya sebab dia memang suami yang baik. Tapi sampai sekarang saya tak boleh bagi zuriat lagi.

"Terima kasih Allah kurniakan saya suami sebaik ini dan obses dengan isteri dia yang tak berapa baik ini," luahnya.

Milla dan suami sudah berumah tangga lebih 7 tahun.

Menerusi ruangan komen video, ternyata ramai netizen yang turut terharu dengan perkongsian dibuat wanita ini mengenai suaminya.

Malah, rata-ratanya mendoakan agar dia dikurniakan cahaya mata sebagaimana diinginkan olehnya dan suami.

"Untung puan, semoga dipermudahkan urusan dapat zuriat. Allah tahu tepat waktu.

"Sis, suami baik tu rezeki, Alhamdulillah. Teruskan berdoa untuk zuriat niat kerana Allah.

"Saya belum mampu nak rate suami saya bagaimana tapi dia tiada aplikasi media sosial sekali pun," ujar netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain