suria

Pelanggan ajak abang kurier main ‘explore race’ depan rumah… Kena cari duit COD terselit bawah puluhan pasu bunga

Pembeli meletakkan duit di bawah pasu tanpa memaklumkannya secara spesifik.

BANYAK udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Begitulah gambaran situasi yang dialami pekerja khidmat penghantaran setiap kali perlu menghantar barangan yang dibeli menggunakan khidmat pembayaran tunai semasa serahan (COD).

Video tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang pekerja servis penghantaran terpaksa mengikut arahan pembeli yang dipercayai tiada di rumah untuk mengambil wang tunai.

Kebanyakan pengguna gemar membeli dengan kaedah COD.

Kebanyakan pengguna gemar membeli dengan kaedah COD.

“Duit COD bawah pasu dik ya,” demikian pesan pembeli berkenaan.

Apa yang menarik ialah terdapat puluhan pasu bunga memenuhi perkarangan rumah pembeli berkenaan.

Situasi tersebut membuatkan pihak servis terbabit mengambil sedikit masa untuk mencari pasu yang dinyatakan kerana pembeli tidak memperincikan lokasi mahupun bentuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit tak ada gatal tangan nak beli” - Rider, seller asyik ‘kena game’ COD barang pelanggan B40!

ARTIKEL BERKAITAN: Tempah COD tapi minta tangguh bayar ‘online’, bagi alasan sibuk cuci berak ayah... Rupanya taktik scammer nak makan popia, kek percuma!

Gelagatnya yang bersahaja sambil membelek setiap pasu yang ada di rumah tersebut mencuit hati warga maya.

Akhirnya pekerja berkenaan menemui pasu yang dimaksudkan dan kelihatan wang kertas dimasukkan di dalam plastik bagi mengelakkan ia basah jika terkena air.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut meninggalkan reaksi kelakar.

Antara komen mencuit hati warga maya.

Antara komen mencuit hati warga maya.

Ada yang merasakan pihak kurier perlu melalui pelbagai situasi ‘mencabar’ seolah-olah sedang bermain explore race.

“Saya pun macam tu dengan kurier. Lain-lain kurier berbeza tempat... hanya saya dan kurier je yang tahu tempat simpan duit, rahsia.

“Ala kenapa bocor rahsia. Kalau macam ni dah tak rahsia la... kena fikir letak tempat lain lepas ni. Jem kepala aku nak letak mana pula.

Best main cari-cari ni, seronok kalau berjaya... nasib baik rider itu sporting, kalau jenis yang tak penyabar macam mana la agaknya.

“Sebiji macam saya buat sebab kadang-kadang tunggu abang kurier tak sampai-sampai. Kita ni nak keluar, kena letak sorok-sorok duit COD,” ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan selepas melihat ramai yang berkongsi tempat ‘rahsia’ masing-masing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain