PENDEDAHAN keuntungan yang diperoleh kerajaan Thailand hasil kunjungan rakyat Malaysia sepanjang tempoh percutian hujung tahun lalu, mengundang pelbagai reaksi warga maya. Antara faktor yang diketengahkan adalah waktu daftar masuk lewat dan keluar awal yang ditetapkan di Malaysia berbanding negara jiran berkenaan. Menyedari perkara tersebut, seorang pelayar Facebook tampil menjelaskan situasi yang berlaku dan punca kebanyakan hotel tempatan menetapkan waktu daftar masuk lewat manakala daftar keluar lebih awal. Bilik kadang kala terlalu kotor dan memerlukan masa yang panjang untuk membersihkannya. -Gambar hiasan Malah dia turut meluahkan rasa hairan kerana warga maya seolah-olah tidak memahami kesukaran tugas pekerja pembersihan. “Kenapa check in pukul 2 petang? Kalau bilik semalam penuh, semua orang check out pukul 12 serentak... housekeeping kena tukar semua cadar, cuci toilet, sapu, mop dan kemas-kemas. “Satu bilik ambil masa dalam 10 hingga 20 minit. Kenapa tak hire ramai pekerja? Susah nak cari pekerja, kalau ada pun sehari dua datang kemudian ghaib sebab housekeeping kerja yang penat. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara pengunjung pengotor, hotel cantik jadi huru hara! Staf housekeeping kena hadap juga sebab dah dibayar gaji ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu hotel terkejut kena caj tambahan RM2,000 lepas 2 hari daftar keluar... Habuk atas lantai tandas didakwa abu rokok “You all kemas satu rumah pun penat, bayangkan nak kemas berpuluh bilik. Hotel besar punya staf pun seorang kena kemas berbelas bilik ye... jadi hotel kecil-kecil ni rasanya berapa orang je stafnya,” tulisnya di Facebook. Menurut lelaki ini, waktu daftar keluar lebih awal disebabkan pihak pengurusan perlu memberikan masa untuk kerja-kerja pembersihan sekali gus memberi keselesaan kepada tetamu seterusnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan yang diberikannya. Antara pandangan warga maya. Bagaimanapun, terdapat segelintir yang masih mempersoalkan kewajaran tindakan berkenaan dan mendedahkan situasi yang dialami. “Masuk check in lambat pun, nanti tengok rambut banyak... cadar pun ada stain. “Kalau macam tu, kira per jam je... apabila kira hari, pelanggan bayar untuk tempoh tu tetapi duduk tak sampai sehari. Masalah staf bukan hal pelanggan. “Cuba dengar luahan pelanggan juga, harga bayar mahal tapi tak berbaloi dan tak enjoy langsung. Lebih baik tumpang masjid atau surau,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube