BUDI bahasa budaya kita. Ungkapan tersebut sering diamalkan masyarakat sejak generasi terdahulu supaya dapat menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain melalui tutur kata dan kesopanan. Tular di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila pertanyaannya mengenai bungkusan barang dibalas dengan kata-kata sindiran oleh pekerja penghantaran. Barangan pembeli perlu dijaga dengan sebaiknya. -Gambar hiasan The Star “I tunggu berhari-hari, peram ke barang aku atau dah ambil barang aku... apa tak tahu. Aku message siap kongsi location kalau tak jumpa alamat. “Sudahnya ini dia jawab? Wow. Macam mana boleh hire pekerja rude (biadab) macam ni ya,” ciapnya. Menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, pekerja penghantaran terbabit menyatakan barang tersebut telah dibuang kerana van yang digunakannya sudah penuh dengan bungkusan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab samakan wajah guru dengan suspek kes bunuh calon SPM! Cikgu tengah mengajar terkejut tapi tak melenting ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga biadab dalam grup WhatsApp! Tak cukup perli guru waktu malam, bagi pula arahan macam bos - “Pergi buka sekolah sendirilah” Malah dia turut menyatakan kediaman wanita tersebut kosong semasa proses penghantaran dilakukan. Bukan itu sahaja, dia dalam nada menyindir turut ‘mencadangkan’ supaya pelanggan itu menghubungi pihak bandaraya bagi mengetahui lokasi tapak pelupusan sampah. Bagaimanapun, pelayar ini menyatakan dia berada di rumah pada hari tersebut dan sentiasa memantau status perjalanan kurier. Buat kerja tak ikhlas macam ni jadinya, langsung tak ada tanggungjawab. WARGA MAYA “Kurang ajar gila. Tak pernah aku jumpa orang hantar barang kurang ajar macam ni. Bukan aku tak ada dekat rumah, aku tengoklah update e-dagang tu dah out for delivery tetiba sampai ke malam unsuccessful pula. “Dah lama sangat. Kejap out for delivery kemudian unsuccessful... dalam Shopee kata Nobody at home, dalam website kurier kata due to natural disaster,” luahnya lagi. Menjengah ruangan komen, kebanyakan warga maya turut meluahkan situasi sama yang dilalui mereka. Netizen meninggalkan reaksi kurang senang. Malah dia mendakwa, pekerja penghantaran di syarikat kurier tersebut gemar melambatkan proses penghantaran selain memberikan maklumat palsu. "Awak boleh terus ke portal MCMC (Kementerian Komunikasi dan Digital), mereka yang uruskan perkara berkaitan kurier ni. "Buat kerja tak ikhlas macam ni jadinya, langsung tak ada tanggungjawab. "Sesetengah kurier ni memang tak boleh bawa bincang, padahal kita elok je ada dekat rumah. "Pernah kena sidai sehingga lima hari, padahal semua ada kat rumah. Cek CCTV (kamera litar tertutup), tak ada pun lori atau van kurier yang datang," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube