suria

Dulu berjerawat dan gemuk, pemuda tak hanyut dipuji selepas berjaya ubah diri - “Kawan panggil saya pengotor”

Anas terima pujian selepas kongsi foto transformasi wajah serta badannya.

SEORANG pemuda meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi foto transformasi fizikalnya di media sosial.

Menerusi hantaran di TikTok, Anas Aiman berkongsi dua foto lama memaparkan badannya yang berisi serta wajah yang dipenuhi jerawat.

Pemuda berasal dari Kedah itu kemudian memuat naik sekeping lagi foto terbaharu dengan penampilan yang lebih segar sehingga dia menerima pujian netizen.

anas2

Anas pernah menjadi mangsa ejekan ketika masih gemuk dan berjerawat.

"Mantap, usaha tak mengkhianati hasil. Power.

"Banyak beza bang, terbaiklah. Alhamdulillah.

"Wow, berubah sekelip mata," tulis beberapa netizen.

Saya kena face shaming dan body shaming. Ada kawan-kawan yang melawak kasar. Cakap pengotor, tak pandai jaga muka.

ANAS AIMAN

Bercakap kepada mStar, peniaga itu berkata keadaan fizikalnya bertambah teruk ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun dia berjaya mengubah dirinya pada 2023.

"Saya alami breakout masa PKP. Masa PKP juga berat badan saya naik. Alhamdulillah, 2023 impian saya tercapai untuk sihatkan balik muka daripada breakout.

"Saya juga berjaya kuruskan badan daripada 80 kilogram (kg) kepada 57kg dengan hanya jaga pemakanan, kecilkan portion makan dan cut sugar.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba lebih 30 produk tapi gagal, tapi sejak 6 bulan tak minum air manis akhirnya kulit makin flawless - “Pipi, hidung pun nampak kecil”

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin dulu orang tak pandang saya” - Gadis kongsi foto glow up rupa-rupanya pernah lalui episod hitam

"Untuk wajah, lama juga saya struggle sebab dah breakout lama sejak 2015. Untuk badan pula, saya ambil masa empat bulan jaga makan, exercise," ujarnya yang turut menggunakan produk serum bagi memulihkan kulit wajahnya.

Sepanjang tempoh itu, Anas yang merahsiakan umurnya berkata dia turut menjadi mangsa gurauan serta ejekan rakan-rakan, namun menganggapnya sebagai satu motivasi untuk mengubah diri.

Kata Anas lagi, dia tidak pernah berputus asa sepanjang proses yang sukar itu dan sentiasa percaya pada diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Tidak pernah berputus asa, Anas percaya dia mampu mengubah dirinya menjadi lebih baik dengan usaha keras.

"Saya kena face shaming dan body shaming. Ada kawan-kawan yang melawak kasar. Cakap pengotor, tak pandai jaga muka. Kalau gemuk pula cakap kita macam bapa orang, hodoh la. Perasaan tu, nak sedih pun tak boleh sebab apa yang mereka cakap tu betul.

"Memang betul berjerawat dan gemuk. Jadi saya jadikan ia sebagai pembakar semangat. Nak kata give up tu tak sangat, cuma saya lebih percaya kepada proses. Nasihat saya, percaya pada proses, jangan sesekali putus asa dengan perjuangan kita.

"Kalau rasa nak give up tu, ingat balik orang yang kutuk kita tak pernah give up untuk untuk terus kutuk kita. Jadi teruskan usaha, kalau ada kelemahan, try and error sampai jadi. Jangan banding dengan orang, tapi buat sesuatu untuk diri dan fokus pada diri sendiri," ujarnya lagi.

anas4

Kisah transformasi Anas tular di TikTok.

Mengulas video tular di TikTok, Anas berkata dia tidak menyangka perkongsian berkenaan meraih lebih 1.6 juta tontonan.

"Terkejut juga sebab sampai 1.6 juta kan. Kalau perasan dekat komen tu, Alhamdulillah la. Tapi tak termakan sangat dengan pujian, sebab dulu kena hina pun tak ambil peduli sangat.

"Tapi terima kasih jugalah pada yang puji. Sebab dalam TikTok ni kita berkawan dengan semua. Saya doakan kawan-kawan lain pun tercapai juga impian," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain