SEORANG wanita tular di media sosial selepas dia mendakwa menjadi mangsa harga makanan di Pulau Pangkor, Perak yang dikatakan cekik darah dan menindas pelancong. Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu berkata dia terkilan dengan harga yang perlu dibayar, apatah lagi keadaan kedai juga biasa-biasa sahaja. Malah, pelanggan wanita itu turut membuat perbandingan antara harga makanan di Pulau Pangkor dengan lokasi lain di ibu negara yang jauh lebih gah. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi percutian popular dalam Malaysia. -Gambar hiasan "Ikan bakar siakap dalam 600 ke 700 gram RM75, kalah harga ikan kat KLCC dengan Pavilion. Kedai kerusi pun berkulat. Service out, then rasa biasa-biasa je. "Total makan RM142 since minum air kosong je. Sorry saya bukan jenis berkira pasal makanan tapi ini memang tak berbaloi. Sama harga macam makan ikan kat Swiss harga dia. "Makan kat Singapura pun tak semahal makan kat sini walaupun kena darab (mata wang) 3.5," ujarnya dalam video yang meraih hampir 800,000 tontonan itu. Sesiapa ke Pangkor tu, hati-hati la makan kat area Teluk Nipah ni. PENGADU Dalam hantaran sama, wanita itu turut berpesan kepada para pelancong agar berhati-hati dalam memilih kedai ketika bercuti di pulau peranginan popular berkenaan. "Bila tak travel lokal, selalu persoalkan tak support lokal. Tapi tengok peniaga jenis cekik darah macam ni. "Sesiapa ke Pangkor tu, hati-hati la makan kat area Teluk Nipah ni. Korang makan area city je la selamat, harga tak cekik darah macam ni," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kecewa beli cromboloni viral tak sama seperti iklan, makin geram peniaga bagi alasan ‘homebaker’ - “Saja suka-suka ambil order” ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan beri rating buruk, tak puas hati harga air teh! Pemilik tak melatah, minta semak harga sebelum order Wanita itu turut berkongsi video ketika dia dan pasangannya menjamu selera di kedai berkenaan. Di ruangan komen, beberapa individu termasuk penduduk setempat turut mendedahkan pengalaman serupa yang terjerat dengan harga cekik darah di pulau berkenaan. "Pangkor memang mahal. Pernah sekali tu, memang lapar then ambil lauk udang masak lemak cili api. RM30 untuk tiga ekor. Antara komen netizen tentang harga makanan di Pulau Pangkor. "Harga Pangkor memang cekik darah. Saya makan nasi goreng biasa dengan suami makan kuey teow goreng, air kosong, harga RM45. "Pangkor memang mahal. Takut nak makan kedai-kedai ada ikan bakar. Semua mahal. "Saya beli rojak kat Pangkor RM40. Terkejut gila. Macam serik pun ada. Tapi tempat memang cantik," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube