suria

Gadis acah sempurna! Tak suka lelaki pendek, pakai baju hitam... Kalau kurus dianggap ‘pervert’

Gadis itu dikecam selepas mendedahkan dia tidak gemar lelaki kurus atau pendek.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Seorang gadis tular di media sosial selepas dia mendedahkan ciri-ciri lelaki yang tidak disukainya untuk berhibur di kelab malam.

Video temubual untuk kandungan media sosial itu memaparkan gadis berkenaan menjawab soalan daripada seorang host lelaki.

club2

Gemuk atau kurus, setiap individu ada keistimewaan masing-masing. -Gambar hiasan

"I ada soalan, lelaki jenis macam mana, kalau you pergi club, you akan avoid (elak)?" soal lelaki itu.

Gadis itu kemudian memberitahu dia kurang gemar berdampingan dengan lelaki kurus dan pendek, apatah lagi yang tidak pandai bergaya.

"Kalau I la, I akan avoid yang pendek or hampir sama tinggi dengan I. Yang selalu pakai t-shirt warna hitam. Keding-keding.

Tolonglah berisi sikit, nampak macam pervert, serious.

GADIS DIKECAM

"Serius weh. Tolonglah dress up sikit kalau pergi club, serious talk. Tolonglah berisi sikit, nampak macam pervert (gila seks), serious," ujar gadis itu.

Meskipun soalan berkenaan dijawab dalam nada santai dan bersahaja, kebanyakan pengguna media sosial nampaknya tidak suka dengan kata-kata gadis itu.

Lebih teruk, gadis itu turut menjadi mangsa body shaming oleh segelintir netizen yang menganggapnya tidak sedar diri dan terlalu memilih.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini dikecam buat rancangan awal nak tinggal suami di rumah orang tua-tua, siap suruh praktis naik kerusi lif!

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi tiga gadis cantik berjoget undang rasa kurang senang ramai, tak manis dengan penampilan... UAI pun pernah tegur

Apa yang mengejutkan, dia bukan sahaja dikecam kaum Adam, malah ramai wanita turut menyuarakan rasa kurang senang dengan kenyataannya.

"Apa kena mengena baju hitam, keding ni dianggap pervert?

"Aduh, cara cik cakap tu cringe wei. Serious wei. Tolonglah pergi up level sendiri baru sembang wei.

komen1

Ramai netizen tidak bersetuju dengan kenyataan gadis itu.

"Jenis perempuan acah macam ni la yang paling buat aku menyampah. makan tak behave, perangai pun sama!

"Aku yakin lelaki pakai t-shirt hitam pun avoid dia so win win dah kat situ," tulis beberapa netizen.

Video temubual yang disebarkan menerusi laman X itu setakat ini menerima lebih 3.8 juta tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain