TIADA yang mudah dalam dunia pekerjaan dan setiap bidang yang diceburi pasti ada cabaran serta rintangan tersendiri. Namun ada kalanya kita akan berdepan dengan dugaan yang tidak disangka-sangka dan tak tercapai dek akal. Seperti individu dikenali sebagai Muhammad Syarafie, dia berkongsi satu kisah yang terpaksa dihadapi peguam syarie ketika mengendalikan satu kes. Wanita itu tetap berusaha mencari peguam lain supaya dapat berpisah dengan suami. -Gambar hiasan Ceritanya bermula apabila seorang wanita berstatus isteri orang membuat permohonan fasakh untuk menjalani proses penceraian dengan suaminya. "Isteri nak mohon cerai. Lantik peguam. "Peguam dilantik tarik diri... sampailah kepada peguam keenam," katanya dalam ciapan di X. Situasi itu sedikit sebanyak mengundang tanda tanya tentang apakah kisah di sebalik penamatan khidmat guaman yang dilantik wanita itu. ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta, sedang kenal hati budi duda? Peguam syarie nasihat selidik 6 perkara ini dulu sebelum kahwini si dia ARTIKEL BERKAITAN: Peguam syarie kongsi kisah pelik tapi benar, isteri tetap ditinggalkan walau diri cantik jelita – “Permata akan cari permata, bangkai tetap cari bangkai” Setelah diselidik, rupa-rupanya si suami mengamalkan ilmu hitam bagi menghalang isterinya meneruskan tuntutan cerai di mahkamah. "Rupa-rupanya si suami amalkan ilmu hitam tapi hantar pada peguam yang mewakili isteri. "Jammed kejap dibuatnya. Jadi peguam pun sudah tak selamat," jelasnya. Jelas Syarafie, para peguam terdahulu mula menyedari mengenai perkara syirik itu apabila mereka dan ahli keluarga turut menerima gangguan. Sebagaimana dikongsikan, puncanya adalah disebabkan suami kepada wanita itu enggan melepaskannya secara baik. Hampir semua peguam yang tarik diri tu kena gangguan termasuk famili mereka. MUHAMMAD SYARAFIE "Tak pasti lagi nak selesaikan macam mana sebab hampir semua peguam yang tarik diri tu kena gangguan termasuk famili mereka," katanya membalas komen. Selain itu, ramai juga netizen berkongsi pengalaman tentang kerjaya dalam bidang guaman. "Seramnya dapat suami macam ni.Amalkan zikir tuan. Semoga terus dilindungi. Komen netizen pada ciapan asal. "Firma lama kakak saya pun banyak kali kena," demikian antara komen netizen. Menjawab beberapa spekulasi dibuat, Syarafi juga menjelaskan bahawa wanita tersebut terpaksa mengambil khidmat guaman kerana suaminya enggan melepaskannya secara baik. Tambahnya lagi, dikatakan suaminya ini dilabel 'biawak hidup' kerana megharapkan isterinya untuk menyara keluarga mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube