SESIAPA sahaja pasti akan teruja apabila ditawarkan barangan percuma. Apatah lagi jika syarat untuk mendapatkannya cukup mudah, hanya isi borang testimoni atau menjadi ahli tanpa dikenakan sebarang bayaran. Begitulah pengalaman seorang wanita semasa dia membeli belah di sebuah pasar raya baru-baru ini. Scammer gemar menjadikan barangan elektrik sebagai 'umpan' menjerat mangsa. -Gambar hiasan The Star Berkongsi cerita, ujarnya, dia didatangi seorang promoter yang menawarkan cabutan bertuah menggunakan telefon bimbit. Dengan hanya menekan satu butang, baucar terpilih akan terpapar pada skrin seterusnya penerima boleh menebus hadiah dimenangi di kaunter. “Saya dapat baucar dua barang percuma berserta RM100. Pada masa sama turut ditawarkan barang percuma tetapi sebagai testimoni yang mana saya perlu membuat test selama tiga bulan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami hadiah duit bonus, scammer senang-senang nak kebas... Suri rumah kongsi bagaimana ‘password’ selamatkan dirinya daripada gigit jari ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik rugi, ada hati nak pinjam duit kawan RM30,000! Netizen kata sah kena tipu, siap kongsi cara nak perdaya scammer “Semua ada warranty... selepas tiga bulan, kalau nak barang tu boleh teruskan dengan payment. Kalau tak mahu, boleh buat pemulangan semula kepada mereka,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook. Menurutnya, bagi mendapatkan barang testimoni jenis pengisar makanan itu, dia perlu membuat kad 'installment' bagi memudahkan urusan pembayaran dilakukan jika berminat dengan alat elektrik tersebut. “Nak buat kad pun ada syarat, dalam akaun perlu ada wang yang sama jumlah dengan harga barang testimoni tu. Prinsip saya apabila ada je promoter yang cuba datang dekat, saya akan lari cepat-cepat. WARGA MAYA “Selepas cakap tak ada duit sebanyak tu, promoter ajarkan cara untuk pemindahan wang dari akaun Tabung Haji... malah turut membawa saya ke ATM (mesin pengeluaran automatik). “Selepas pemindahan duit dilakukan, promoter minta kad untuk keluarkan penyata,” ujarnya lagi. Bagaimanapun, selepas melakukan ‘urusan’ berkaitan penyata berkenaan, dia mendapati wang berjumlah RM4,600 telah lesap dari akaun. Warga maya tampil dengan pandangan masing-masing. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya kerana kejadian yang berlaku itu sama seperti penipuan ‘gores dan menang’. Menjengah ke ruangan komen, beberapa warga maya berkata kejadian tersebut adalah salah satu cara scammer menipu. “Kalau dulu, konsep ni adalah gores dan menang... memang satu kesalahan sebab ada unsur penipuan. Sekarang ubah sikit konsep tu. “Prinsip saya apabila ada je promoter yang cuba datang dekat, saya akan lari cepat-cepat atau tolak dengan baik dari mendengar apa yang dia nak ceritakan. “Susah nak dapat balik (duit) sebab mereka ni ligat bertukar-tukar nama company dan tak ada pejabat tetap. Memang modus operandi macam tu,” ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube