SETIAP pasangan mempunyai cara tersendiri untuk membesarkan anak-anak. Ada yang dihujani dengan kemewahan, namun tak kurang juga sudah dilatih supaya berjimat sejak usia muda. Terbaharu, seorang guru tular di Facebook selepas dia berkongsi cerita tentang pengorbanan isterinya dalam membesarkan anak-anak. Anak-anak perlu mendapat nutrisi secukupnya untuk kekal cergas di sekolah. -Gambar hiasan Menurut Abdul Muiez, isterinya bangun seawal pukul 4.30 pagi demi menyediakan makanan untuk dibawa sebagai bekal anak-anak ke sekolah. Selain bekal makanan, anak-anak turut diberikan duit belanja RM3 yang mana nilai itu mungkin dianggap kecil bagi kebanyakan individu lain pada zaman ini. "Duit belanja anak-anak, saya bagi seorang RM3. Termasuk yang sekolah menengah. RM1 untuk sekolah pagi. RM2 sekolah petang. Kali empat orang bersamaan RM12 sehari. Apabila isteri bangun pukul 4.30 pagi tu, satu pengorbanan besar buat kami. ABDUL MUIEZ "Sikitnya. Ya memang sikit. Tapi, isteri kena banyak berkorban. Bangun seawal 4.30 pagi untuk masak bekal. Bawa bekal nasi, lauk, buah dan air. Nasi kena penuh. Anak-anak tengah nak membesar. "Biasanya mereka kongsi dengan kawan-kawan. Setiap hari memang habis. Jadi, pagi tu RM1 sekadar untuk jajan. Tengah hari balik rumah transit. Makan tengah hari. Sekolah petang RM2," ujarnya. Menurut Abdul Muiez, apa yang dilakukan merupakan satu langkah penjimatan, namun ia juga memerlukan banyak pengorbanan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengorbanan isteri, hampir 2 tahun kumpul duit demi beli lampu terpakai untuk Myvi suami - “Banyak urusan buat siang, malam bahaya” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri korbankan duit simpanan beli motor baharu, tak sanggup tengok suami ulang alik bengkel... ada rahsia terbongkar selepas buat kejutan! Jelasnya, perkongsian itu tidak berniat merendah-rendahkan ibu bapa lain, sebaliknya setiap pasangan mempunyai cara berbeza dalam membesarkan anak-anak. "Begitulah nak berjimat. Tapi isteri memang kena banyak berkorban. Bukan berkorban bangun awal saja. Tidur pun awal. Pukul 9 dah lelap. Begitulah. Saya sayang isteri saya. "Kawan-kawan... sebenarnya pengorbanan ni berbeza. Bukan yang tak bawa bekal tu tak berkorban. Bagi duit pun pengorbanan juga. Cuma di pihak saya, apabila isteri bangun pukul 4.30 pagi tu, satu pengorbanan besar buat kami," jelasnya lagi. Perkongsian Abdul Muiez di Facebook menerima lebih 7,300 tanda suka (likes) dan turut dihujani ratusan komen netizen. Harga makanan di kantin juga semakin meningkat, menyebabkan ibu bapa pening kepala untuk membekalkan wang kepada anak-anak. -Gambar hiasan Rata-rata netizen turut menyokong langkah penjimatan pasangan itu, tak kurang juga yang memuji usaha murni isterinya bangun seawal pukul 4.30 pagi setiap hari. "MasyaAllah bertuah dapat isteri rajin begini. Kalau akak tak larat rasanya. "Sekarang ni hidup memang kena rajin dah kena banyak berkorban, sayangilah isteri yang sanggup berkorban masa dan tenaga. "99 peratus sama dengan saya. Hidup ni keras. Pukul 9 dah tidur. Pukul 4 pagi bangun nak siapkan bekal empat anak. "Saya pun. Daripada anak sulung darjah satu sampai sekolah menengah. Ajar bawa bekal," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube