suria

Saudara-mara buat kacau majlis kenduri, tambah jemputan sendiri! Pengantin malu makanan tak cukup, goodies habis

Selain tradisi gotong-royong, sesetengah pengantin lebih selesa menggunakan khidmat katering untuk majlis mereka. -Gambar hiasan

PERKAHWINAN orang Melayu sering dijalankan dalam skala besar dengan ratusan hingga ada kalanya mencecah ribuan tetamu yang dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

Namun, tradisi itu mula berubah apabila segelintir anak muda hari ini lebih selesa untuk menjalankan majlis secara kecil-kecilan, tertutup dan dihadiri insan terdekat sahaja.

Terbaharu, tular luahan seorang pengantin di media sosial yang mendakwa majlis perkahwinannya rosak gara-gara kehadiran tetamu yang melebihi jumlah jemputan asal.

majlis3

Khidmat katering popular dalam kalangan pengantin masa kini. -Gambar hiasan

"Saya nak cerita sikit pasal majlis nikah dan sanding saya yang huru-hara. Saya hanya jemput 150 pax dan buat dekat venue yang cantik dan sempurna untuk saya.

"Ia sepatutnya menjadi majlis yang intimate dan mak ayah saya okey je. Yang tak okey adalah saudara mara saya. Mereka cakap sikit sangat 150 pax tu, macam tak logik zaman sekarang ni.

"150 pax tu termasuk saudara-mara, kawan rapat dan beberapa kawan ibu ayah yang saya memang kenal. Tanpa saya tahu, mereka pandai-pandai jemput jiran datang untuk memeriahkan majlis," ujar pengadu.

Ada yang dapat makan kuih je sebab lauk buffet dah habis.

PENGANTIN KECEWA

Menurut pengantin yang tidak mendedahkan identitinya itu, kehadiran tetamu melebihi jemputan asal menimbulkan banyak masalah termasuklah daripada segi makanan dan cenderamata.

Apa yang mengejutkan, kehadiran tetamu tak diundang itu jauh melebihi jumlah jemputan asal yang ditetapkan sehingga ia menjejaskan emosi pengantin.

"Makanan semua jadi tak cukup. Goodies jangan cakaplah. Habis huru-hara, ramai tetamu tak dapat. Ada yang dapat makan kuih je sebab lauk buffet dah habis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Macam kami jamu bangkai” - Pengantin malu majlis kahwin banyak lalat! Tetamu enggan makan, pelamin hilang keindahan

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk

"Daripada 150 pax terus jadi 400 pax. Rosak majlis saya. Sampai sekarang saya termenung apabila fikir balik pasal majlis tu," luah pengadu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa pengantin tersebut.

"Kalau tuan rumah tak wakilkan, mana boleh jemput ikut suka. Teruk betul saudara-mara dia.

"Saudara-mara ni kadang tak berakal juga. Tak perlu masuk campur urusan orang walaupun saudara sendiri. Jangan pandai-pandai buat rancangan sendiri.

Kenduri Rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sempena SHWP 2019

Tuan rumah perlu menyediakan makanan secukupnya buat tetamu yang dijemput. -Gambar hiasan

"Bukan cerita rekaan sebab dah pernah jadi depan mata, kisah hampir sama. Kesian keluarga pengantin," tulis pelayar Facebook.

Segelintir netizen turut meninggalkan pesanan supaya pengantin atau tuan rumah menyediakan makanan tambahan memandangkan jumlah kehadiran tetamu merupakan satu perkara yang tidak boleh dijangka.

"Setahu saya kalau 150 jemputan, makanan kena lebih sikit, sekurang-kurangnya 200 atau 250 kerana kita tak tahu ada tetamu yang bawa pasangan, kawan atau anak.

"Kalau nak buat kecil dalam 150 pax ni, patut kena buat RSVP. Kemudian tag kerusi tu dengan nama. Baru tak huru hara.

"Kalau macam ni, lain kali buat macam orang Cina kahwin. Tiada kad jemputan, tak boleh masuk," tulis beberapa netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain