suria

Tauke jersi bawa pekerja ‘shopping’ di butik Coach, bebas pilih ikut suka hati... Pejam mata ‘swipe’ RM100,000!

Faris membelanjakan hampir RM100,000 untuk para pekerjanya di butik Coach.

SETIAP daripada kita mempunyai cara tersendiri untuk menghargai sumbangan mereka yang banyak membantu dalam mengecapi kejayaan.

Bagi usahawan pakaian jersi ini, dia bermurah hati membawa semua kakitangannya membeli-belah di Johor Premium Outlets, Johor.

Menerusi perkongsian di TikTok, Faris Azri mengejutkan stafnya apabila memperuntukkan sebanyak RM2,500 seorang untuk membeli apa sahaja barangan yang dijual di butik berjenama terkenal, Coach.

"Saya ada sesuatu nak beri ni. Rilek sekejap. Apabila saya dah berikan satu bajet, tolong hargai ya.

"Anda semua tahu apa yang saya nak berikan? Boleh pilih barang apa yang anda semua nak dari kedai Coach.

Faris meletakkan syarat kepada pekerja sebelum memilih barang.

"Bajet satu kepala RM2,500 sahaja. Walaupun staf tak pernah berikan apa-apa pada saya, saya okey. Apa yang saya berikan ni tak boleh ganti dengan jasa mereka," katanyanya menerusi video yang sehingga kini meraih hampir 400,000 tontonan.

Sewaktu berada di dalam premis tersebut, Faris menjelaskan syarat yang ditetapkan kepada pekerjanya sebelum mereka mula memilih barang.

Katanya mereka bebas membeli apa sahaja mengikut bajet yang diberikan.

"Kalau awak sudah ambil barang berharga RM1,800 atau RM2,200 dah cukup. Satu barang sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Baiknya bos! Wanita ini ‘saja-saja’ bawa staf Pakistan staycation di hotel 4 bintang, jalan-jalan cari makan - “Mereka pernah menangis sebab saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Bertuah betul 2 bibik... terkejut terima telefon baharu, rupa-rupanya bonus gelang emas pun pernah dapat – “Tuhan bagi kesenangan bukan untuk kita rasa seorang”

"Kalau ambil spec mata (shades) RM2,300, itu saja. Kalau ambil beg RM2,300 lepas tu anda nak tambah lagi benda harga lain harga RM300 tak boleh," jelasnya.

Bukan itu sahaja, Faris yang memiliki lebih 789,000 pengikut di TikTok ini turut mengeluarkan perbelanjaan kepada ahli keluarga yang turut sama mengikuti rombongannya itu.

Setelah selesai berbelanja, Faris yang bertutur menggunakan loghat utara itu sekali lagi mengumpulkan semua pekerjanya untuk menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Katanya yang sudah membelanjakan hampir RM100,000 untuk mereka, ia merupakan satu cara bagi menghargai usaha pekerjanya setelah bertungkus-lumus memajukan syarikat.

Anda semua buat yang terbaik, jadi saya berikan yang lebih baik.

FARIS AZRI

"Saya nak ucapkan terima kasih sebab sudah bertungkus lumus dengan saya. Kerja keras bersama-sama dengan saya sebab semua ni tak akan terjadi tanpa anda semua.

"Anda semua buat yang terbaik, jadi saya berikan yang lebih baik. Anda semua hargai saya, saya hargai anda.

"Saya buat sebab saya sayang anda semua. Kalau tak sayang saya tak buat. Nilai bagi saya tak penting, yang penting bagi saya adalah jasa... itu sahaja," katanya.

Perkongsian Faris itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya memuji sikapnya kerana melayani staf dengan baik.

Komen netizen pada video tular.

"Bos terbaik selepas Khairul Aming.

"Allahuakbar baiknya bos anda. Mantaplah Faris walaupun mulut kasar tapi hati baik. Minatlah bang.

"Beruntung mereka semua dapat majikan macam ni. Saya dah dekat setahun kerja. Jangan kata motosikal baharu, nak buat kaca mata pun tak lepas," komen netizen.

Dalam pada itu Faris berkata dia dan kakitangannya berada di selatan tanah air bagi meneruskan siri jelajah menjual jersi ke seluruh negara.

Turut ditawarkan cabutan bertuah berupa sebuah kereta dan wang tunai untuk dimenangi oleh pelanggan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain