LAMPU isyarat di jalan raya dipasang bertujuan untuk membantu melancarkan aliran trafik dan memastikan pergerakan kenderaan lebih teratur. Kebiasaannya ia diletakkan di kawasan bersimpang yang mana terdapat kemungkinan besar kenderaan bertembung sekiranya semua keluar serentak dari susur masing-masing. Namun, tidak kurang juga pengguna jalan raya yang degil dengan tidak mematuhi lampu isyarat sehingga menyebabkan kemalangan dan lebih teruk lagi mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. Seorang lelaki beresksperimen di simpang lampu isyarat. Itulah antara sebab mengapa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus menguatkuasakan undang-undang jalan raya termasuklah memasang kamera perangkap had laju. Tular video di laman TikTok menunjukkan bagaimana seorang lelaki bersama rakannya sedang berhenti di satu simpang dan mereka melihat bintik bercahaya di bahagian atas lampu isyarat. Menariknya, bintik tersebut hanya akan bercahaya apabila motosikal mereka melepasi garisan putih di hadapan simpang dan akan kembali gelap jika mereka berundur ke belakang. ARTIKEL BERKAITAN: Lampu isyarat merah lama? Mungkin sebab kereta tak berhenti atas sensor, tapi sistem ini tak ‘mesra’ motor, basikal ARTIKEL BERKAITAN: Misteri tangga tangga tepi lebuh raya terungkai, rupanya tempat ‘healing’ tersembunyi... Tapi orang lemah semangat kena hati-hati Melihat kepada corak nyalaan bintik cahaya itu, mereka beranggapan ia adalah kamera JPJ untuk memerhati dan menangkap sesiapa yang berani melanggar lampu isyarat merah. "Cepat undur woi, tengok kamera tu dok tengok kita, aku tahu kau (kamera) tarik balik gambar, aku tak langgar traffic light tau. "Aku duit tengah 'kering' ni, gaji pun tak masuk lagi, jangan kau saman aku," kata lelaki itu secara berseloroh sambil memandang bintik bercahaya berkenaan. Yang nampak sensor tu bercahaya sebab ia adalah sistem inframerah, dari sudut tertentu je kita boleh nampak cahaya merah dia. WARGA MAYA Pada ruangan kapsyen, lelaki tersebut turut sempat berjenaka mengenai kehadiran bintik bercahaya itu. "Jangan buat main kawan-kawan, robot (kamera) dekat lampu isyarat ni bijak yang amat rupanya. "Nanti tak pasal melayang RM300," ujarnya. Pengesan elektronik lampu isyarat yang ditanam di bawah jalan tar. -Gambar hiasan Menjengah ke ruangan komen, warga maya yang lebih arif menjelaskan bahawa bintik bercahaya itu bukanlah kamera seperti yang disangka tetapi sebenarnya merupakan sejenis sensor. "Itu sensor lampu isyarat untuk tengok ada kenderaan atau tidak dekat situ, kalau tak ada, dia akan bagi hijau dekat bahagian lain dulu. Kalau sensor tu dapat kesan ada kenderaan, baru dia bagi hijau dekat kita. "Sensor lampu isyarat ni dulu biasanya JPJ tanam dalam tanah, itu yang kita boleh nampak ada jalur-jalur hitam dekat atas jalan tar tapi sekarang dah moden, sensor boleh letak atas terus. Kamera untuk mengawasi pelanggaran lampu isyarat. -Gambar hiasan "Yang nampak sensor tu bercahaya sebab ia adalah sistem inframerah, dari sudut tertentu je kita boleh nampak cahaya merah dia, kalau ke depan atau ke belakang sedikit dah tak akan nampak cahaya tu. "Kamera untuk pantau siapa yang langgar isyarat pun ada je di sesetengah simpang, tapi ia besar dan dipacak macam Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dekat highway tu," jelas warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube