suria

Pelanggan ‘ajar’ warga asing licik berniaga, berani label orang tempatan ‘tak sayang anak’ jika tak beli mainan

Peniaga warga asing dikatakan menjual permainan kanak-kanak dengan cara tidak beretika.

CARA yang digunakan oleh warga asing ketika berniaga ada ketikanya sangat licik.

Bagi sesiapa yang tidak peka, sudah pasti akan mudah menjadi mangsa kepada peniaga yang tidak beretika ini.

Di laman X, tular video menunjukkan beberapa peniaga warga asing sedang menjual permainan untuk kanak-kanak seperti belon dan kincir angin di sebuah karnival pada waktu malam.

Ada peniaga warga asing 'memaksa' orang ramai membeli barang jualan mereka.

Modus operandi mereka dilihat berkesan iaitu dengan membuat ibu bapa berasa serba salah sekiranya tidak membelikan anak barang yang dijual.

"Mereka akan bagi terus mainan dekat tangan anak kita, ingatnya percuma tapi selepas tu dia akan minta bayaran.

"Apabila kita jalan ke depan sikit, penjual tu akan panggil kita dan minta kita bayar mainan yang anak kita pegang tu. Kenapa mereka buat macam ni?

ARTIKEL BERKAITAN: Provokasi, lagak ‘abang kawasan’! Aktivis bimbang sikap generasi kedua warga asing, banteras kalau sayang negara

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak-anak Bangla akan jadi ahli Parlimen!” - Warga asing kutuk rakyat tempatan, puji bangsa sendiri rajin kerja bangunkan Malaysia

"Sebab dengan harapan kita terpaksa belikan juga, kalau tidak nanti anak kita merajuk dan menangis apabila mainan tu diambil semula.

"Buat hal betul warga asing ni," dedah lelaki itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku di I-City, Shah Alam, Selangor.

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu enggan berdiam diri apabila anaknya diberikan mainan dan terus berdepan dengan beberapa peniaga warga asing di situ.

Menyirapnya aku tengok, dah la kau bagi konon macam percuma, lepas tu suruh bayar.

WARGA MAYA

"Kau dah bagi, kenapa nak ambil balik? Apa pasal berniaga ini macam, cakap dekat aku, jangan nak lari. Ini last aku tengok kau buat bisnes cara begini ya.

"Nasib baik anak aku jenis tak kisah, dia tak ada menangis apabila mainan tu kena pulang balik, dia dah selalu pun dapat barang macam tu.

"Ramai peniaga asing macam ni dekat sini, ada seorang tu siap cakap lagi dekat aku, kesian anak tak dapat mainan, tak sayang anak ke? Lantak kau la, berniaga tu biar elok-elok, jangan menganiaya orang.

"Kepada yang lain, kalau kena macam ni, ambil je mainan tu dan cakap terima kasih, terus jalan ke depan, jangan pandang belakang bila orang tu panggil balik," ujar lelaki tersebut yang nampaknya panas hati dengan peniaga warga asing itu.

Warga maya memberikan pandangan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya dilihat berang apabila mendapati wujud peniaga warga asing yang berani bertindak seperti itu.

"Menyirapnya aku tengok, dah la kau bagi konon macam percuma, lepas tu suruh bayar. Alasan tak kesian ke dekat anak? Dasar guilt trip orang untuk cari duit, hina betul.

"Tolong la pihak berkuasa segera bertindak dengan warga asing macam ni. Bagi mereka belajar jangan buat onar dekat negara kita.

"Ada yang terpaling kemanusiaan kesian dekat warga asing, kalau dah mereka buat macam ni dekat anak kita, apa kau rasa?

"Mantap abang, bagi terus 'sedas' dekat muka peniaga warga asing tu," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain