PASANGAN suami isteri sentiasa diuji dengan pelbagai perkara dan situasi terutama isu kecurangan dan orang ketiga. Bagaimanapun, apa yang dialami pelayar Facebook ini sedikit berbeza apabila dia dituduh melakukan maksiat ketika menemani anaknya yang sedang sakit di hospital. Meluahkan kesedihan yang dialami, ujar wanita ini, segalanya berpunca apabila dia sering diminta untuk bersolek dan berpenampilan cantik seperti seorang wanita berkerjaya oleh suami. "Suami mahu saya bersiap cantik seperti wanita lain sedangkan saya memang tak cantik pun dari lahir," luahnya. Katil tambahan biasanya akan diletakkan apabila bilangan pesakit ramai di hospital. -Gambar hiasan The Star Dia turut mendedahkan tentang suaminya yang membandingkan dirinya dengan seorang wanita cantik baru-baru ini. "Pada masa tu, saya tanya suami 'jujur kenapa awak bandingkan saya dengan perempuan tu? Awak suka dia ke?" katanya sambil menambah wanita itu nampak kaya serta happy-go-lucky. Menurut pelayar ini lagi, selepas diminta sentiasa bersiap cantik itulah dia dituduh pula berzina dengan seorang lelaki di hospital. ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk jadi punca suami curang, wanita nekad jaga badan... Lepas setahun tinggal 57kg, terus minta cerai ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal Menjelaskan apa yang berlaku, katanya, pada masa itu dia menemani anaknya yang sakit dan dimasukkan ke wad. "Kejadian berlaku dua minggu lepas, kebetulan katil yang saya dapat bersebelahan katil seorang lelaki yang menjaga anak sakit juga. "Wad masa tu memang penuh... wad tu sepatutnya ada empat katil dan setiap katil ada langsir sendiri," luahnya. Disebabkan jumlah pesakit yang ramai, wad yang didiami itu mempunyai satu katil tambahan dan dia terpaksa berkongsi langsir yang sama dengan pesakit bersebelahan. Apabila lelaki nak cover kecurangan... dia tuduh bini (isteri) pula. WARGA MAYA "Masa tu dalam wad ada lima katil, malangnya saya yang dapat katil sebelah abang tu... kira share langsirlah. "Masa nak tidur, abang tu minta izin dekat saya untuk tutup langsir dan saya pun okay je. "Lagipun memang tak ada apa jadi kerana semua kejadian dekat hospital dari A to Z saya cerita pada suami," tambahnya. Menurutnya lagi, selepas menceritakan setiap situasi yang berlaku di wad, suaminya seolah-olah faham dan tidak menunjukkan sebarang reaksi cemburu. Antar reaksi warga maya. Namun tanpa disangka, isu tersebut menjadi topik utama semasa pertengkaran berlaku sehingga dia berasa tertekan. Malah katanya, tuduhan suami membuatkan dia berasa jijik dengan diri sendiri sehingga ingin membunuh diri. Dia cuba bersumpah tetapi tidak langsung diterima oleh suaminya yang didakwa merupakan seorang narsisistik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap pelayar tersebut dan meminta isu yang dialami itu dibawa ke mahkamah syariah supaya suami membuat tuduhan Lian terhadapnya. Ramai wanita tertekan apabila dituduh curang. -Gambar hiasan Tidak kurang juga yang beranggapan tuduhan suaminya itu sebenarnya bagi menutup kecurangan yang telah dilakukan. "Cabar dia ke mahkamah syariah untuk buat tuduhan Lian. Tak munasabah langsung nak tuduh berzina dekat hospital. Nurse tu round entah berapa kali tiap-tiap malam. "Kes ni dah biasa dengar, apabila lelaki nak cover kecurangan... dia tuduh bini (isteri) pula. Cakap lebih-lebih pun tak akan menang kalau berdepan dengan lelaki begini. "Saya faham sangat sebab pernah lalui, rasa jijik dengan penghinaan yang memang tak betul dan tak munasabah. "Pernah banyak kali cuba nak bunuh diri tapi tu cerita lama, sekarang dah tak ada lelaki macam tu rasa tenang je jiwa," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube