HOBI adalah aktiviti yang sering dilakukan bagi mengisi masa lapang atau menghilangkan kebosanan. Semakin meningkat usia, semakin banyak aktiviti yang dilakukan sama ada secara bersendirian mahupun melibatkan ahli keluarga atau pasangan. Menerusi video tular, seorang lelaki mendedahkan aktiviti baharu yang sering dilakukan segelintir masyarakat masa kini dan melibatkan mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Dia mendakwa ‘hobi’ eksklusif tersebut adalah perbuatan tidak bermoral yang semakin mendapat sambutan ramai sehingga terbentuknya satu komuniti kecil. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. -Gambar hiasan The Star “Tahu tak kat Malaysia ada group tukar-tukar pasangan antara suami dan isteri... swinger. “Saya banyak kali dengar perkara ni, tapi tak tahu ia besar sampai ada komuniti Facebook, Telegram. “Mereka yang buat perkara ni sebab nak spice things hubungan intim masing-masing,” ujarnya. Lebih mengejutkan apabila, dia turut mendakwa individu yang terlibat dengan perbuatan tersebut adalah mereka yang mempunyai latar pendidikan tinggi dan golongan profesional. ARTIKEL BERKAITAN: Apa istimewa batu tanda kilometer sifar? Lelaki ini jelajah seluruh negara cari ‘KM0’, hobi unik tapi menarik ARTIKEL BERKAITAN: Pelik... famili bercucuk tanam tapi hobi gadis ini kumpul dawai kokot! Tak kisah diperli, pentadbir projek dah plan nak tambah koleksi “Ingat perkara ni berlaku dekat western countries, rupanya dekat Malaysia pun ada. “Kebanyakannya anak dah besar jadi mereka macam bosan... tak tahu nak buat apa,” tambahnya. Pendedahannya itu mendapat perhatian pelayar yang lain dengan kebanyakannya berkongsikan pengalaman masing-masing yang pernah berdepan golongan seperti itu. “Betul. Ada few kenalan buat macam ni. Pernah dapat offer kalau partner tu nak bertiga. Ada pendedahan sebelum ni dalam kalangan riders motosikal besar. WARGA MAYA “Ada kawan kerja bank pernah cerita... kalah Hollywood. “Yes. Jabatan agama pening nak selesaikan. Kebanyakan golongan pertengahan dan atas. “Pernah terjadi suami orang ajak berjumpa isteri dia... suami siap cakap tolong hiburkan isteri dia. Memang ada kumpulan WhatsApp lagi,” dedah beberapa netizen. Antara reaksi warga maya. Menyusuri ruangan komen, warga maya turut menyatakan aktiviti tidak bermoral itu telah lama dilakukan dan kebanyakannya melibatkan mereka yang gemar melakukan konvoi motosikal berkuasa tinggi. “Lama dah ni suami isteri bertukar-tukar pasangan. Memang open sangat. “Sebelum anak aku lahir lagi dah debat perkara ni, sekarang anak pun dah usia 12 tahun. Terpaling ramai dalam kerjaya beruniform. “Ada pendedahan sebelum ni dalam kalangan riders motosikal besar (berkuasa tinggi),” ujar beberapa netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube