suria

Pemuda guna modal RM7 pujuk awek, buat 7 transaksi bank demi nak hantar mesej - “Saya merayu, sayang kau!”

Seorang lelaki berusaha sebaik mungkin untuk memujuk kekasihnya. -Gambar hiasan

PERSELISIHAN faham sehingga tercetusnya pergaduhan adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan.

Ada kalanya kita terpaksa mengambil langkah memujuk sebagai usaha memenangi semula hati pasangan untuk berbaik semula.

Baru-baru ini, tular di media sosial satu tangkap layar rekod transaksi daripada sebuah bank milik seorang individu dikongsikan di X.

Setiap pasangan mempunyai cara tersendiri untuk memujuk kekasihnya. -Gambar hiasan

Difahamkan transaksi itu dibuat seorang pemuda kepada teman wanitanya yang sedang merajuk.

"Cara budak zaman sekarang pujuk awek," tulis individu yang berkongsi tangkap layar itu.

Jika diteliti pada transaksi tersebut, lelaki berkenaan mengirimkan RM1 sebanyak tujuh kali kepada teman wanitanya.

Dalam setiap transaksi pemuda itu menulis pesanan khas pada ruang rujukan agar teman wanitanya terbuka hati untuk membalas mesej di aplikasi komunikasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya merajuk, gadis ini cair selepas BF gigih buat kejutan... 'pop-up window' mengusik jiwa – “Istilah ‘Perempuan Sentiasa Betul’ tak relevan”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda 19 tahun tunjuk ‘effort’ luar biasa, sanggup naik bas 4 jam nak pujuk cik tunang... Hilang merajuk nampak beg Lego!

"Tolong pandang saya. Saya merayu balas (mesej) saya. Please jangan buat saya begini.

"Saya merayu. Balas saya, Saya sayang kau," tulis lelaki tersebut pada ruangan rujukan setiap transaksi dibuat.

Namun, sehingga kini masih tiada maklumat mengenai punca pergaduhan hingga menyebabkan dia terpaksa mengambil langkah sedemikian.

Harap yang perempuan tu jangan merajuk lama-lama.

NETIZEN

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen apabila ramai yang terhibur dengan tindakan lelaki berkenaan menggunakan cara sedemikian memujuk kekasihnya.

Malah, baki berjumlah RM4 yang tertera pada akaun simpanan pemuda itu turut meraih simpati orang ramai.

Rata meletakkan harapan semoga sang kekasih segera memaafkannya.

"Transfer RM7 tapi dalam bank ada RM4... pening fikir.

Komen netizen pada hantaran yang tular.

"Harap yang perempuan tu jangan merajuk lama-lama. Tinggal RM4.41 je lagi duit dia tu.

"Pegawai bank tengok statement ni gelak je. Janganlah buat remark bukan-bukan," komen netizen.

Untuk makluman, pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas akaun mana-mana pelanggan yang melakukan transaksi mencurigakan kerana mungkin disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain