suria

Tebas semak lebih 10 jam, rehat 20 minit... Pekerja dibayar gaji RM14 sehari- “Buat sendiri je la bos”

Pekerjaan menebas rumput memerlukan banyak tenaga - Gambar hiasan

ZAMAN sekarang, ramai yang menganggur walaupun sudah tamat pengajian dan mempunyai kelulusan.

Sudah pasti perkara ini menjadi kebimbangan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang mendesak kita untuk mencari pendapatan demi kelangsungan hidup.

Tular di media sosial posting seorang individu yang mengiklankan kerja kosong mencari empat pekerja di ladang kelapa sawit.

Iklan yang dibuat individu tersebut.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat kecaman daripada warga maya yang menganggap gaji atau upah yang ditawarkan sebagai tidak masuk akal kerana terlalu rendah.

Berdasarkan iklan yang tertera, pekerja akan dibayar sebanyak RM14 setiap hari dengan tugas bermula dari pukul 7 pagi dan berakhir pukul 5.30 petang.

"Mencari pekerja empat orang. Menebas semak dan pokok sawit di kawasan ini. Gaji RM14 sehari," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Santai-santai pakai seluar pendek cari kerja... Ramai back up 3 anak muda tular, sekurang-kurangnya ada usaha

ARTIKEL BERKAITAN: Mujur FB ada fungsi ‘translation’, majikan kantoi amal diskriminasi gaji... Gadis ini selidik iklan berlainan bahasa, kerja sama upah berbeza

Dalam hantaran sama, pengiklan turut menyatakan bahawa peralatan untuk melakukan kerja-kerja menebas ada disediakan.

Bagaimanapun, pekerja terpaksa datang ke tempat kerja menggunakan pengangkutan mereka sendiri.

"Sabit dan parang ada disediakan. Transport ke tempat kerja adalah tanggungan sendiri," katanya.

Bagi pekerja yang bekerja lebih masa iaitu sehingga pukul 8 malam, bayaran tambahan berjumlah RM2.50 akan diberikan.

Buat sendiri je la bos. Lagi jimat tak perlu bayar sesiapa.

NETIZEN

"Kerja jam 7 pagi sampai pukul 5.30 petang. Ambil overtime (lebih masa) sampai 8 malam dapat cash (tunai) RM2.50.

"Waktu rehat pukul 12.30 tengah hari sampai 12.50 tengah hari sahaja. Boleh hubungi melalui 'personal message' atau WhatsApp," katanya lagi.

Hantaran yang dibuat dikongsikan semula oleh seorang individu lain dalam bentuk tangkap layar di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Rata-rata netizen memberikan komen berbentuk sindiran kerana tidak bersetuju dengan gaji yang ditawarkan.

Komen netizen di Facebook.

Bukan itu sahaja, waktu rehat yang ditetapkan iaitu selama 20 minit turut menjadi pertikaian netizen.

"Buat sendiri je la bos. Lagi jimat tak perlu bayar sesiapa.

"Biarlah saya upah abang RM50, abang yang buat (tebas).

"Kenapa zalim sangat. Elok bakar je kebun tu sikit, modal tak sampai RM14 sejam," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain