MAJLIS perkahwinan diadakan untuk meraikan hari bahagia raja sehari. Dalam menjayakan suatu majlis resepsi, perancangan rapi diperlukan selama berbulan-bulan lebih awal untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Antara aspek yang wajib diberikan perhatian adalah penyediaan makanan yang mencukupi untuk semua tetamu yang dijemput. Lauk kenduri merupakan satu kemestian dalam setiap majlis perkahwinan. -Gambar hiasan Namun, melalui satu video tular di TikTok, seorang wanita mendedahkan faktor luaran yang boleh membuatkan majlis menjadi kucar-kacir. Menurutnya, kerana sikap tidak bertanggungjawab sesetengah jemputan, jumlah tetamu yang hadir ke majlis ada kalanya jauh lebih ramai berbanding jumlah yang dianggarkan pihak pengantin atau tuan rumah. "Ini kisah benar, pengantin cadang nak buat majlis kecil-kecilan atau intimate je, anggaran yang dijemput dalam 150 orang. Dia cuma panggil kawan rapat dan ahli keluarga serta saudara-mara terdekat. ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah ‘buat hal’ dengan tetamu... Acik-acik kena usung baldi, kenduri kahwin jadi macam asrama! ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk "Tapi tiba-tiba pada hari majlis, makanan tak cukup. Macam mana boleh jadi macam tu? Rupanya selepas disiasat, di kalangan jemputan pakcik dan makcik, mereka ringan mulut jemput orang lain yang tidak dijemput secara langsung. "Akhirnya yang datang majlis jumlahnya mencecah 400 orang, sangat ramai daripada plan asal. Jawabnya makanan memang tak cukup. Pihak pengantin terus luahkan rasa kesal dan ketidakpuasan hati. "Mengapa sesetengah mereka ni terlebih rajin nak jemput orang yang pihak pengantin tiada niat pun nak jemput, sampai jiran-jiran sekali diajaknya," cerita wanita tersebut. Sekali lagi ditekankan, majlis perkahwinan itu adalah hak pengantin, siapa yang tak dijemput, haram datang. WARGA MAYA Wanita itu turut mengingatkan bahawa mereka yang dijemput menghadiri majlis perkahwinan seharusnya tidak bersikap lebih sudu daripada kuah. "Andai kamu sahaja yang dijemput, maka kamu sahaja la yang datang kenduri itu. Termasuklah jika pihak pengantin kata kenduri tu tak boleh bawa anak, maka akur. Kalau tak boleh ikut, jangan datang. "Lain cerita kalau pengantin ada kirim jemputan, contohnya berbunyi, saya nak jemput awak datang kenduri saya, nanti tolong sampaikan jemputan dekat orang sekian-sekian, maka macam tu boleh. "Beringat perkara ini. Jangan memandai nak mewakili pihak pengantin untuk menjemput orang yang tidak sepatutnya, walaupun mungkin kamu rasa dia patut dijemput, misalnya sebab dia kenal pengantin dan sebagainya," ujar wanita itu. Jamuan di kenduri kahwin tidak wajar disamakan seperti bufet di hotel. -Gambar hiasan Wanita berkenaan kemudian mengupas soal hukum hakam bagi mereka yang menghadiri majlis perkahwinan tanpa dijemput. "Kalau kamu datang majlis kahwin yang kamu tidak dijemput secara langsung oleh tuan rumah dan jamah makanan di situ, ia boleh jatuh haram. Jaga-jaga bab makan ni sebab benda akan jadi sebahagian daripada darah daging kita. "Dan lagi satu, ada juga yang berpendapat, tuan rumah kena sediakan makanan lebih daripada anggaran jemputan sebab 'just in case', atau untuk tidak berkira sebab dianggap sedekah, ini salah. "Kita yang kena belajar menghormati majlis, ada common sense sebagai tetamu, jangan tebal muka sangat. Tuan rumah dah tentukan berapa ramai yang akan datang, maka patuh," kata wanita itu menutup bicara. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan perkongsian wanita berkenaan. "Mereka yang suka ajak ramai-ramai ni sebab mereka ingat walimatulurus kena meriah, nak maklumkan pasangan itu dah bernikah, kononnya untuk mengelakkan fitnah. "Tapi zaman dah moden, media sosial kan ada untuk kita beritahu yang kita dah berkahwin. Sekali lagi ditekankan, majlis perkahwinan itu adalah hak pengantin, siapa yang tak dijemput, haram datang. "Dengan keadaan ekonomi sekarang, elok la kita berjimat cermat. Buat apa yang wajib je. Islam itu mudah, jadi susah sebab budaya begini," kata warga maya memberikan pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube