SEMAKIN banyak content atau kandungan di media sosial yang memaparkan orang awam secara tiba-tiba ditawarkan hadiah lumayan. Semuanya sebahagian daripada taktik dan kreativiti ‘content creator’ yang bersaing untuk menghasilkan kandungan media sosialnya di samping meraih lebih ramai pengikut. Namun gara-gara memilih untuk mendapatkan gajet pintar berharga ribuan ringgit menerusi satu cabaran di TikTok, seorang wanita dikecam teruk di laman sosial. Video memaparkan dirinya tular apabila seorang content creator menawarkan RM1 atau hadiah misteri kepada orang awam yang ditemuinya secara rawak. Menerusi cabaran itu, wanita berkenaan boleh membeli apa saja berharga RM250 ke atas. Wanita itu kemudian memilih hadiah misteri dan pemilihan yang dibuat membolehkan dia membeli apa saja berharga RM250 ke atas kerana content creator sanggup membayarnya. Tindakannya memilih untuk membeli gajet tersebut mendapat kecaman kerana pilihan barang yang dikatakan terlalu mahal. ARTIKEL BERKAITAN: Individu misteri buat ‘content’ campak RM1,000 di shopping mall, netizen kata salah tempat! Dilabel pula tak hormat rezeki ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! TikToker sanggup cuci muka guna air jamban demi ‘gift’ - “Jatuh maruah seorang manusia” Dikecam teruk di media sosial, seorang pengguna laman X yang mendakwa dirinya sebagai wanita di dalam video yang tular tampil mendedahkan kisah sebenar. “Saya akak yang pakai tudung tu. Saya kena kecam teruk, seandainya awak tahu semua ni content semata-mata. Saya dapat upah RM100 je untuk mereka buat content. “Saya pun tak sangka benda ni akan blow up macam ni,” dakwanya. Wanita itu memilih untuk dibelikan gajet mahal. Tidak cukup sekadar itu, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila mendapat kecaman teruk daripada segelintir netizen dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. “Saya sampai kena kecam cakap saya ni tak sedar diri, gemuk malas kerja sampai ‘pau’ stranger macam tu, kaki kikis, tak boleh buat bini dan macam-macam lagi. “Saya sedih tengok komen-komen yang negatif tentang saya. Yang tahu je tahu ini cuma content semata-mata,” ujarnya sambil menambah dia cuba menghubungi content creator berkenaan namun tiada respons. Bila dah sendiri terima untuk dibayar, akak sendiri kena terima ‘harga yang dibayar’. NETIZEN Menurut wanita itu lagi, tiada masalah untuk dia memilih gajet tersebut sekiranya cabaran tersebut benar-benar berlaku kerana ia mengikut syarat cabaran berkenaan. “Kepada sesiapa yang komen negatif tu, saya tak akan maafkan. Saya manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Technically, ia berharga RM250 ke atas dan jika benda ni real pun tak ada masalah... cuma ada netizen yang bitter sangat tentang ini,” katanya lagi. Pendedahan seorang wanita selepas dikecam teruk. Pada masa sama, netizen turut memberikan pandangan mereka berhubung pendedahan wanita itu, ada yang bersimpati dan turut memberikan teguran. “Bila dah sendiri terima untuk dibayar, akak sendiri kena terima ‘harga yang dibayar’. Lagi-lagi bila dijadikan content untuk tontonan awam. Benda ni patut tahu sebelum buat video. “Tengok dia fokus kat nama kedai tu pun dah agak dah tu content je. Tapi bagi aku, kalau real pun aku setuju je sis ni ‘pau’ cukup-cukup. Kau buat content pun untung ribu-ribu juga, sesekali kena 'pau' apa la sangat,” komen netizen. Susulan pendedahan wanita itu, timbul persoalan netizen mengenai kandungan media sosial seumpamanya yang dihasilkan oleh kebanyakan content creator dengan memberi hadiah percuma seperti gajet dan barang berjenama adalah realiti atau sekadar content semata-mata? “Agaknya ramai lagi content creator guna taktik sama kan? Takkan la senang-senang nak bagi barang harga beribu macam tu. “La selama ni aku ditipu, ingatkan beli je apa-apa. Item kau dapat. Rupanya kau dibayar je, item hilang,” ujar netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube