suria

Wanita masuk Siam santau bekas kekasih, geram lepas terlanjur! Terkejut dapat tahu sudah meninggal dunia

Sihir kebiasaannya dihantar untuk tujuan membalas dendam. -Gambar hiasan

GANGGUAN emosi yang dialami mendorong segelintir individu mengambil jalan mudah dengan mengamalkan sihir.

Bagi mereka, kepuasan tercapai apabila melihat individu yang ‘dituju’ hidup terseksa.

Begitulah yang dilakukan seorang wanita ini apabila bekas kekasihnya enggan menunaikan janji yang disepakati bersama.

Menerusi hantaran di laman X, dia mengakui bertindak menyihir lelaki terbabit kerana berasa marah dan kecewa selepas ditinggalkan.

Masyarakat masa kini masih melakukan amalan kurafat.

Masyarakat masa kini masih melakukan amalan kurafat.

“Aku dah buat dosa besar. Aku hantar sihir dekat lelaki yang tipu aku, kami pernah terlanjur.

“Dia janji nak kahwin dengan aku, tapi akhirnya dia tinggalkan aku,” ujarnya memulakan cerita.

Berang dengan tindakan bekas kekasihnya itu, dia kemudiannya berkunjung ke Thailand dan berjumpa dengan bomoh bagi tujuan mendapatkan khidmat sihir.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dicalit minyak dagu, pemandu mengantuk sampai kemalangan! Ustaz ini bongkar amalan sihir pemusnah

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

Namun tanpa diduga, sihir yang dilakukan itu membuatkan lelaki terbabit meninggal dunia baru-baru ini.

“Aku pergi Siam (Thailand) hantar santau dan semalam dia meninggal... aku speechless,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya menasihatkan wanita itu supaya bertaubat dan berjumpa dengan keluarga lelaki terbabit bagi memohon maaf.

Bersangka baik dengan Allah, semoga Allah memberi keampunan ke atas dosa-dosa kita.

WARGA MAYA

“Bertaubat dan minta ampun daripada sekarang sehingga kau mati kelak, dengan harapan kau diampuni Tuhan. Pergi kepada keluarga si mati, mohon maaf.

“Kau tak takut mati ke anon? Dari kau pergi bomoh, baik kau bentang sejadah hari-hari doa semoga laki tu terima balasan sebab aniaya kau.

“Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara syirik ni... sentiasa bertaubat dan kemudian perbanyakkan istighfar serta amal ibadah.

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen

Warga maya meninggalkan pandangan masing-masing di ruangan komen

“Bersangka baik dengan Allah, semoga Allah memberi keampunan ke atas dosa-dosa kita. Semoga hal ini menjadi asbab untuk kamu menjadi manusia yang terlebih baik dalam ibadah dan iman,” ujar beberapa warga maya.

Sebagai peringatan bersama, Islam menolak amalan sihir dan mengajar umatnya untuk meminta perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan sihir seperti yang dihuraikan di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada perbuatan sihir, sama ada melakukannya atau dibinasakan dengannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain