KEBANYAKAN tempat menarik di negara ini menawarkan harga tiket masuk yang lebih murah untuk warganegara atau pemegang kad pengenalan (MyKad). Ini bermakna, harga tiket yang dikenakan kepada warga asing adalah lebih tinggi bagi membolehkan mereka mendapat tiket atau masuk ke satu-satu tarikan. Menerusi perkongsian di laman sosial, beberapa rakyat Indonesia yang berada di negara ini kini mempunyai taktik terbaharu untuk mendapatkan harga tiket lebih murah, sebagaimana yang dinikmati warga tempatan. Orang ramai beratur untuk mendapatkan tiket masuk. -Gambar hiasan Mereka mendedahkan, caranya mudah sahaja iaitu hanya perlu fasih bertutur bahasa Melayu. “Kami rakyat Indonesia di Malaysia. Kalau kita mahu tiket murah, kita pura-pura jadi Melayu... minta satu tiket kak,” kata seorang pelajar wanita. Seorang pemuda Indonesia kemudian mengakui taktik yang diguna pakai oleh rakan-rakan senegaranya itu berkesan. Turut berkongsi pengalaman, dia datang ke Malaysia bersama dua rakannya, dan antara destinasi menarik yang dikunjungi mereka adalah Melaka. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Indonesia terkejut orang Malaysia tak berebut tempat duduk dalam MRT, berbeza dengan Jakarta! ARTIKEL BERKAITAN: Terlompat-lompat sambil nyanyi lagu Purnama Merindu! Pemuda Indonesia tak keruan tengok rumah Siti Nurhaliza... ‘Posing’ sakan depan pagar Setibanya di satu lokasi tarikan pelancong, mereka mendapati terdapat perbezaan daripada segi harga tiket untuk warganegara dan rakyat asing. “Masa beli tiket, kami bercakap guna bahasa Melayu. Akhirnya pekerja (di kaunter) mungkin percaya kami dari Malaysia. Jadi, kami dapat harga tiket untuk warganegara Malaysia. “Waktu itu ketika taklimat bersama rakan yang merupakan rakyat Malaysia, katanya nanti apabila nak sampai ke kaunter tiket, bercakap guna bahasa Melayu. “Jadi dari jauh biar kedengaran seperti warga tempatan, orang Malaysia. Akhirnya kami dapat. Walaupun beli tiket untuk empat orang, tiga dari Indonesia dan seorang rakan di Malaysia,” ujarnya. Seorang pelajar Indonesia turut mendedahkan taktik bagi memperoleh tiket pada harga lebih murah. Selain bahasa pertuturan, wajah warga Indonesia yang mempunyai banyak persamaan dengan rakyat Malaysia menjadi bonus untuk mereka mendapatkan harga tiket lebih murah. “Daripada segi rupa, orang Indonesia dan orang Malaysia kan lebih kurang sama. Sama je, mirip,” katanya lagi. Antara punca utama beberapa lokasi inginkan IC pengunjung untuk membuktikan kewarganegaraan. NETIZEN Walaupun taktik tersebut dilihat berkesan, namun dia mengakui ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana mereka seharusnya bersikap jujur dengan mengaku rakyat Indonesia. Di ruangan komen, perkongsian video yang meraih lebih 1.3 juta tontonan di TikTok meraih pelbagai komen dan pandangan dalam kalangan netizen Malaysia dan Indonesia. Keadaan orang ramai yang menunggu giliran untuk ke kaunter bayaran. -Gambar hiasan Apa yang menarik, rata-rata netizen Malaysia mendedahkan bahawa mereka juga menggunakan taktik yang sama bagi mendapatkan harga atau tiket lebih murah ketika berkunjung ke Indonesia. “Saya Melayu dan saya lakukan ini juga ketika melawat Indonesia. Saya cakap Indonesia. “Apabila saya ke Indonesia pun rakan warga Indonesia dan saya nak pergi beli tiket, dia suruh saya diam je dan jangan cakap. “Aku pun guna bahasa Indonesia masa beli kat Bandung,” komen netizen Malaysia. Namun hasil semakan mendapati sebenarnya banyak kaunter tiket di beberapa lokasi pelancongan popular mengenakan prosedur dengan meminta pembeli menunjukkan MyKad sebagai pengesahan sebagai warganegara. “Lepas ni boleh kot penjual tiket apa-apa minta IC (kad pengenalan), senang. “Kes ini adalah antara punca utama beberapa lokasi inginkan IC pengunjung untuk membuktikan kewarganegaraan,” kata netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube