suria

Pemuda rasa terteban, bakal isteri suruh bayar tiket penerbangan rombongan keluarga dari Sarawak... Saudara-mara pun nak selit!

Seorang bakal pengantin lelaki berkongsi cerita tentang rombongan keluarga ke majlis kahwin.

HATI teruja dan berbunga-bunga menanti hari bahagia bergelar raja sehari.

Bagi jejaka dari Semenanjung ini, dia bakal melangsungkan perkahwinan dengan calon pilihannya yang berasal dari Sarawak.

Kata orang, kampung yang jauh bukan menjadi isunya apabila hati sudah suka dan dialah orangnya.

“Alhamdulillah, dah nak ke langkah seterusnya dengan orang Sarawak,” katanya.

Seorang jejaka dipertemukan dengan gadis berasal dari Sarawak. -Gambar hiasan

Namun, pemuda berusia 31 tahun itu mengakui dia merupakan salah seorang bakal pengantin yang turut diuji menjelang hari bersejarah.

Semuanya bermula daripada perbincangan bersama bakal isteri mengenai majlis bertandang di Semenanjung.

“Ada isu sikit apabila tengah bincang-bincang, boleh pula dia cakap nanti kos penerbangan resepsi ke Semenanjung awak tanggung ye untuk famili saya dan saudara-mara.

Tak mahal pun,” katanya yang mengimbas kembali perbualan bersama si dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terduduk rugi 30K, rombongan melopong rumah kenduri kosong! Tunang lesap hari nikah, rupanya isteri orang anak 2

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan pakai sari iringi pengantin lelaki, rupa-rupanya ada kaitan darah campur... pemuda ini kongsi kisah di suatu pagi ke masjid cari tok imam

Menerusi satu luahan di laman X, kenyataan bakal isteri itu benar-benar memberi tamparan buat pemuda berkenaan.

Lebih-lebih lagi apabila menyedari rungutan orang ramai sebelum ini tentang harga tiket penerbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak begitu mahal.

Sukar membayangkan keadaan itu dengan satu rombongan keluarga dan saudara-mara tentunya melibatkan kos yang tinggi.

“Terdiam aku. Famili dia lima orang, saudara-mara lagi,” ujarnya.

Tiket penerbangan untuk rombongan keluarga pengantin memerlukan perbelanjaan tinggi. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan permintaan bakal pengantin perempuan yang dianggap agak keterlaluan.

Malah segelintir netizen yang berasal dari Sabah dan Sarawak turut mengakui tiket penerbangan adalah mahal terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah.

Silap-silap harga tiket pun dah sama dengan belanja kenduri.

NETIZEN

“Kalau bukan masa cuti pun tiket masih mahal. Bincang selagi mampu, benda nak guna duit bukan pasir.

“Kalau tak mahal kenapa tak tanggung sendiri? Saudara-mara pun nak kena tanggung ke? Cukup mak ayah je yang pergi. Bukan wajib pun bawa satu kerabat.

“Dah nampak perangai dia yang tak ada common sense. Reg flag, lari!

“Silap-silap harga tiket pun dah sama dengan belanja kenduri,” komen netizen.

Dugaan menjelang majlis perkahwinan. -Gambar hiasan / Freepik

Pada masa sama, segelintir netizen turut memberi beberapa cadangan susulan permintaan bakal isteri yang mahu tiket penerbangan rombongan keluarganya ditanggung.

“Sebagai orang Sarawak, tiket memang mahal. Mungkin mak ayah dia boleh ditaja kalau tak berkemampuan. Jika kena taja (saudara-mara) juga, kena cari tarikh yang bukan cuti sekolah, bukan hujung minggu, bukan masa perayaan. Tarikh yang orang jarang-jarang travel.

“Mak ayah tu boleh pertimbangkan lagi. Adik-beradik dia kalau dah kerja, bayar sendiri. Kalau masih sekolah, okay nak bayarkan. Saudara-mara, tak payah.

“Ada banyak majlis kahwin sekarang ni gabung je, jadi tak payah buat dua majlis. Kalau nak buat dua majlis, tak perlu dekat-dekat, buat selang setahun atau masa anak dah tiga orang pun tak apa,” ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain