suria

Meracau ketika dirawat, ustaz dedah TikToker terkena sihir Siam! Terus sakit selepas insiden bergaduh

Tomey bertemu dengan seorang perawat di Kuala Ketil selepas menderita disihir.

MENJERIT, menangis dan mengamuk!

Begitulah keadaan seorang TikToker wanita yang meracau ketika dia hadir bertemu perawat di Pusat Rawatan At-Taqwa di Kuala Ketil, Kedah pada Rabu.

Menurut Ustaz Muhammad Aris, TikToker dikenali sebagai Tomey itu datang untuk mendapatkan bantuan selepas sekian lama menjadi mangsa sihir.

tomey3

Tangkap layar video yang tular di TikTok.

Ketika dihubungi mStar, perawat itu berkata mangsa datang dari Perlis semata-mata untuk mendapatkan rawatan selepas terkena sihir Siam.

"Daripada apa yang kami cuba berkomunikasi, dia terkena sihir Siam. Dia mengalami sakit kepala, mudah stres dan doktor sahkan rahim dia jatuh.

"Sewaktu rawatan, 'benda' dalam badan dia ada bercakap. Bila selesai rawatan, kami ada bertanya Tomey sekiranya sebelum ini dia ada bergaduh dengan sesiapa?

Daripada pihak saya, saya memang tak berani buat keputusan (siapa pelaku).

USTAZ MUHAMMAD ARIS

"Dia cakap pernah bergaduh. Bermula sejak itu dia mula sakit sehingga ke hari ini. Yang bercakap dalam badannya adalah jin sihir," dakwanya.

Menurut Ustaz Muhammad Haris, dia tidak berani untuk menuduh sesiapa sebagai dalang, sebaliknya hanya menjalankan amanah untuk merawat mangsa.

Bercerita lanjut, perawat itu memaklumkan terdapat perubahan positif pada Tomey selepas dia mendapatkan rawatan, namun prosesnya masih belum tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar cemerlang SPM dungu disihir, pelaku dengki tengok ibunya gembira tayang slip - “Anak aku dapat 2A je”

"Daripada pihak saya, saya memang tak berani buat keputusan (siapa pelaku). Sebab tugas kami hanya merawat.

"Alhamdulillah, (dia) ada sedikit perubahan. Cuma lepas ni saya akan ke Perlis untuk rawatan susulan di rumahnya pula," kata perawat yang berpengalaman selama empat tahun itu.

Dalam pada itu, Ustaz Muhammad Aris berkata golongan TikToker yang dikenali ramai sememangnya berisiko untuk menjadi mangsa sihir.

"Ya betul. Sekarang ni cukup mudah untuk orang nak menyihirkan kita. Sebab hasad. Tak semua orang akan senang dengan kejayaan kita.

ustaz

Ustaz Muhammad Aris akan berkunjung ke rumah Tomey untuk rawatan susulan.

"Sekarang ni, nak menyihir orang, hujung jari saja. Di dalam online pun boleh menyihir orang tanpa perlu bersemuka dengan bomoh. Cukup bagi gambar dan nama penuh saja," ujarnya lagi.

Video ketika TikToker itu menerima rawatan turut menerima 1.4 juta tontonan dan dihujani komen netizen.

"Semoga Tomey cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan Tomey sekeluarga.

"Ya Allah Tomey. Sampai hati manusia yang buat dia tu.

"Sepanjang video ni aku nangis weh dengar Tomey menjerit," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Tomey yang terkenal dengan video-video bersahaja memiliki hampir setengah juta pengikut di aplikasi TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain