JAGA-JAGA! Anda mungkin tidak keseorangan di dalam rumah kerana dikuatiri ada penghuni tidak diundang yang turut menumpang. Baru-baru ini gempar video di laman TikTok tentang haiwan yang bersarang di ruang siling rumah setingkat tanpa disedari pemiliknya. Kehadiran haiwan berkenaan terbongkar apabila tuan rumah mahu membuat pengubahsuaian kediamannya dan siling rumah harus dipecahkan. Keadaan di bahagian bumbung rumah yang menjadi sarang haiwan nokturnal. Sebaik sahaja lubang dibuat di siling, bahan halus seperti habuk kayu atau pasir mula mencurah jatuh ke lantai. Menerusi penjelasan pemuda bernama Awie yang merupakan seorang pakar dalam kawalan haiwan perosak, pasir berkenaan adalah berpunca daripada kawanan kelawar yang mendiami ruangan bumbung. "Benda yang nampak seperti pasir tu semua adalah najis kelawar. Ia haiwan nokturnal yang aktif pada waktu malam. Pada waktu siang mereka akan tidur di tempat yang gelap dan lembap. ARTIKEL BERKAITAN: Tengah leka mandi laut tiba-tiba ular berbelang muncul, menggelupur naik ke jeti! - “Ini jenis paling berbisa di dunia” ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri dihantui lipan, rumah tangga jadi kucar-kacir... Paling sedih diserang anxiety gara-gara hampir digigit! "Kalau dalam habitat semula jadinya, gua adalah antara favourite tempat tinggal kelawar. Tapi sebab hutan banyak diterokai untuk buat penempatan manusia, bumbung rumah jadi pengganti gua untuk kelawar. "Kelawar kebiasaannya makan buah dan serangga. Kelawar tak ada masalah sangat melainkan sifatnya yang pengotor, suka berak merata, jadi sentiasa periksa atap rumah anda. "Selain daripada tu, benda yang anda kena berwaspada adalah rabies atau penyakit anjing gila dalam kelawar, sentiasa berhati-hati jika diri diggigit atau dicakar kelawar. Dapatkan rawatan segera jika mula ada simptom," kata Awie. Allahu banyaknya najis kelawar, takut pula saya nak pergi periksa dekat atap rumah saya ni. WARGA MAYA Selain itu Awie turut berkongsi bagaimana agensi kawalan haiwan perosak boleh membantu untuk mengatasi masalah kelawar. "Antara yang kita boleh buat adalah semburan bahan kimia untuk menghalau kelawar, seterusnya bersihkan najis kelawar menggunakan penyedut hampagas yang khas supaya ia tak datang lagi. "Akhirnya pasang jaring bird stopper di setiap lubang dan ruang ke dalam bumbung rumah. Kami sarankan untuk anda dapatkan khidmat profesional sekiranya anda mempunyai masalah kelawar yang meruncing," kata Awie. Warga maya risau tentang faktor keselamatan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tidak menyangka bahawa kelawar sebenarnya boleh dikategorikan sebagai haiwan perosak. "Allahu banyaknya najis kelawar, takut pula saya nak pergi periksa dekat atap rumah saya ni. Entah ada apa je atas tu. "Kalau naik atas bumbung rumah, pastikan pakai pelitup muka gred industri sebab risau ada kelawar semua ni, najis mereka berpasir dan boleh naik ke udara. "Antara manfaat najis kelawar ni adalah ia boleh dijadikan baja pokok yang sangat menyuburkan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube