SETIAP wanita pasti berharap agar dijodohkan dengan seorang suami yang bertanggungjawab. Namun, dugaan berbeza-beza bagi setiap pasangan yang menempuh alam rumah tangga. Begitulah nasib yang dialami seorang wanita apabila suaminya yang lebih selesa hidup sebagai penganggur. "Umur suami saya dah 50 tahun tapi dia tak kerja. Saya pula seorang isteri yang bekerja. "Sejak kebelakangan ini, suami mula tak ambil tahu hal perbelanjaan rumah tangga," katanya menerusi satu luahan di grup Facebook. Suami tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa di rumah. -Gambar hiasan / Freepik Menurut wanita itu, gajinya yang kecil menyebabkan dia terpaksa mencari pendapatan sampingan dengan berniaga nasi lemak pada hujung minggu. "Gaji saya sikit, RM1,200 je lepas tolak semua. Itulah duit untuk bil elektrik, air, kutu untuk cukai jalan. Kereta pun saya pakai Proton Wira second hand (terpakai) je. "Belanja barang basah kering dan minyak kereta. Setiap Sabtu Ahad saya buka payung jual nasi lemak setiap pagi, masa cuti sahaja," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja pejabat, balik rumah asyik nak ‘membuta’ sampai senja... Minta jaga anak berkira, rupanya sakan ‘sex chat’ dengan skandal Bagaimanapun katanya, pendapatan sampingannya itu masih tidak mencukupi, apatah lagi dengan sikap suaminya yang sering menggunakan hasil jualan untuk tujuan peribadi. "Masih tak cukup. Suami selalu guna duit untung jual nasi lemak untuk beli rokok dan barang dia. Saya penat... penat sangat," tambahnya. Awak baik hati sangat sebab tu suami ambil kesempatan. NETIZEN Meskipun tidak bekerja dan culas memberi nafkah, wanita itu tetap memuji suaminya. "Suami ada juga kebaikan, ambil dan hantar anak ke sekolah. Tapi itu je la. Sedangkan pukul 4 pagi saya bangun masak untuk anak-anak. "Balik kerja pukul 7 petang, masak, basuh dan sidai kain. Malam pukul 12 baru rehat. Urusan rumah pun suami buat tak tahu. "Kenapa Allah uji saya begini? Dapat suami yang tidak faham apa itu tanggungjawab," luahnya dengan nada kesal. Seorang isteri kecewa dengan sikap suaminya. -Gambar hiasan Di ruangan komen, netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan yang bersusah-payah mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup sekeluarga, lebih-lebih lagi terpaksa menanggung suami yang diibaratkan sebagai 'biawak hidup'. "Boleh reda tapi tak kena cara. Suami macam tu patut dipupuskan saja. Senang cakap pemalas! "Bini pandai buat nasi lemak, tolong la berniaga kalau dah tak kerja. Ape punya malas la, tahu nak ambil hasil bini je. "Alahai kasihannya awak. Tanggung biawak hidup yang tak tahu bersyukur. Awak baik hati sangat sebab tu suami ambil kesempatan. Dah lama sedap goyang kaki sebab tu dia tahu awak boleh buat," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube